Connect with us

#K.DUNIA

[Video]Tanda sayang pada isteri,suami rela hati derma ʙᴜᴀʜ ᴘɪɴɢɢᴀɴɢ pada isteri

Published

on

[Video]Tanda sayang pada isteri,suami rela hati derma ʙᴜᴀʜ ᴘɪɴɢɢᴀɴɢ pada isteri

Setiap perkahwinan pasti mengimpikan kemanisan kasih sayang berpanjangan dalam rumah tangga. Meskipun dilanda sebarang musibah atau ujian, cinta seorang suami terhadap isteri hingga ke nafas terakhir merupakan satu anugerah yang sangat bermakna.

Menerusi TikTok, seorang doktor dikenali sebagai Khairul Anwar ini berkongsi detik rare dan indah sewaktu mengendalikan rawatan pemindahan buah pinggang. Mana tidaknya, seorang suami sanggup mendermakan kepada isteri tercintanya yang menghadapi masalah kegagalan organ tersebut.

Sebelum operation bermula, keserasian pasangan itu bahkan terserlah apabila sama-sama memberikan semangat kepada satu sama lain. Berkat izin Ilahi dan kepakaran pasukan doktor yang terlibat, prosedur pemindahan buah pinggang itu berjalan lancar dan masing-masing sihat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan pengorbanan suami tersebut demi isteri tercinta. Dalam pada itu, mereka turut mendoakan pasangan itu agar sihat sentiasa sekali gus kekal hingga ke Jannah. Secara keseluruhannya, klip video berdurasi 34 saat tersebut telah berjaya meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan setakat ini.

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Group Facebook Baharu : https://www.facebook.com/groups/535558540835275

Sertai kumpulan untuk mendapatkan info2 terkini dari KAMI.Terima kasih.

Sumber:KisahDunia Via kerol_is_edward

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!