Connect with us

Uncategorized

Sayur Dalam Peti Ais Tahan Lebih Lama & Segar Dengan Cara Ni, Boleh Tahan Lebih Seminggu

Published

on

Sayur Dalam Peti Ais Tahan Lebih Lama & Segar Dengan Cara Ni, Boleh Tahan Lebih Seminggu

Rata-rata dalam kalangan kita bukannya setiap hari akan ke pasar membeli sayur-sayur atau bahan penyediaan untuk memasak. Tambah-tambah kepada mereka yang berkerjaya, ramai yang lebih memelih untuk membeli seminggu sekali atau 2 minggu sekali.

Jadi sudah tentulah kuantiti sayur tersebut banyak. Yela untuk seminggu punya bahan masakkan kan. Jadi bila dah banyak pasti terfikir untuk pastikan sayur-sayur yang dibeli dapat disimpan lebih lama dan segar. Taknak la asyik rosāk je, kan membāzir tu.

Ada cara mudah yang dikongsikan oleh Puan Khairiyah Hamzah untuk pastikan sayur-sayurkan kekal segar lebih daripada seminggu.

TIPS SAYUR TAHAN LAMA DALAM PETI

Sebelum ni ada yang tanya mummy macamana cara mummy simpan stok sayur dalam peti. Untuk stok frozen mummy dah pernah tunjuk kan.

So bahagian sayuran pulak. Ni cara mummy simpan. So far untuk taugeh, dan sawi hijau paling lama pernah tahan lebih seminggu. Tak pernah sampai berbulan sebab selalu memang akan terus masak je.

Macam halia, lengkuas, sebulan lebih masih segar. Rasa 2 bulan pun pernah simpan dan masih elok.
Nanti boleh tengok kat setiap gambar ya.

Ada yang kene balut dengan tisu lembap. Ada yang kene letak air. Ada yang kene letak tisu untuk serap wap air.

Macam cili, berbulan pun masih tahan. Sayur daun bawang dalam gambar ni, usianya dah lebih seminggu. Tapi masih segar kan.

Cara simpan kobis, brokoli dan yg seangkatan dengannya, nak tahan lama, kene lapik dengan tisu basah pada ‘akar’ dia. Lepas tu, baru wrap dengan plastik wrap. Insyaallah sebulan lebih pun masih elok.

Kobis, brokoli, bunga kobis dan yang seangkatannya balut macam ni. Letak tisu basah di akarnya tu ya. Baru wrap.

Yang paling penting, semua sayur ni jangan biar terdedah atau just sumbat dari plastik masa beli kat pasar tu. Kalau buat macam ni, tak sampai 3 hari pun salad atau sayur hijau boleh lāyu.

Kalau kata peti sejuk kecil, tak muat letak dalam bekas, its ok, boleh guna kaedah simpan dalam plastik putih. Balut surat khabar atau tisu je pada setiap sayur sebelum masukkan dalam plastik. Pastu, susun la dalam peti ikut kreativiti masing-masing.

Untuk detail lagi, tengok pada setiap gambar ya.

Mummy akan lapik tisu pada setiap bekas.

Untuk taugeh, wajib letak air. Namun berdasarkan komen dan pengalaman orang lain lebih baik biar kering masuk plastik zipper kompom kekal ranggup dan tahan lama atau jika nak letak air rendam sekali dengan asam keping untuk lebih tahan dan segar.

Daun sup ni dah seminggu mummy simpan. Just balut dengan tisu basah di akarnya.

Sama dengan sayur hijau. Balut tisu basah juga di akar.

Sayur selom ni pun dah lebih dari seminggu.

Halia ni, yg atas tu dah 2 bulan. Yg bawah baru beli n top up. Lengkuas yg dah hitam tu pun usianya dah 2 bulan macam tu.

Untuk cili, buang semua tangkai. So far cara mcm ni, 2 bulan lebih pernah simpan dan masih elok untuk di guna. Untuk cili kampung pun sama.

Ni daun bawang yang mummy kata tu. Dah lebih seminggu. Tak ingat exactly petik daun ni berapa haribulan.

Pastu, tutup la semua bekas tadi. Mummy memang prefer bekas lutsinar. Senang nak tengok.

Akhir sekali, susun la ikut peti masing.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca dan pengguna diluar sana khusunya mereka yang bergelar ibu, suri rumah tangga.

#ceritamummy
#MisiBantuSuriRumah

BACA JUGA : Ikan Goreng Jadi Lebih Sedap Campur 3 Bahan Ni, Sampai Tak Sedar Ratah 2-3 Ekor!

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel-artikel yang lebih menarik

Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Khairiyah Hamzah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!