Uncategorized
11 anggota polis kantoi positif dadah, netizen kecewa – “Buang je kerja!”

11 anggota polis kantoi positif dadah, netizen kecewa – “Buang je kerja!”
Seramai 11 anggota polis di Perak berpangkat koperal dan lans koperal didapati positif dadah selepas menjalani saringan air kencing secara rambang, kelmarin.
Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mereka terdiri daripada usia antara 35 hingga 51 tahun.
“Daripada 56 anggota dari dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), sembilan daripada mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine…
“Manakala dua lagi jenis tetra hydrocannibol,” katanya ketika dihubungi media malam tadi.
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, seorang daripada mereka yang disahkan positif pernah ditangkap dan dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Gambar sekadar hiasan
Namun begitu, anggota tersebut dibebaskan oleh mahkamah daripada pertuduhan berkenaan.
“Semua yang ditahan ini akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah dalam badan.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 selain berdepan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993 (Kelakuan dan Tatatertib),” ujarnya.
Laporan itu mengundang pelbagai reaksi netizen dimana rata-rata kecewa melihat kredibiliti segelintir anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tidak memikul tanggungjawab dengan sebaiknya.
Malah, mereka juga menggesa supaya anggota terlibat dengan bahan terlarang dapat menerima hukuman seperti digantung tugas atau didakwa di mahkamah.
Amat mengecewakan!
Memalukan! Ni ke benteng pertahanan negara?
Ambil tindakan segera
Buat pemeriksaan satu Malaysia
Sumber: Sinar Harian (Normawati Adnan)
-
Motivasi1 year ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH11 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa1 year ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi1 year ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH10 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa1 year ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa1 year ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis