Connect with us

Uncategorized

9 bulan hilang, adik sahkan kereta ditemukan dalam sungai milik abangnya

Published

on

9 bulan hilang, adik sahkan kereta ditemukan dalam sungai milik abangnya

Kereta dipandu seorang lelaki, Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain yang dilaporkan hilang sejak 29 Oktober tahun lalu didakwa ditemukan dalam sebuah sungai berdekatan Jalan Nenasi di Pekan, hari ini.

Menerusi group Facebook Info-Info Semasa, Kemalangan, Bencana, Jenayah Di Pahang & Luar Pahang, seorang pengguna Facebook bernama Adam Wong Jr. berkongsi foto didakwa berkaitan kejadian tersebut.

Akhirnya Iman Aqmar ditemukan?

“Kes orang hilang tahun lepas, baru jumpa di jalan Nenasi – Pekan, arwah masih berbaju offshore Pengerang.

“Ingat tak kes orang hilang yang dalam perjalanan dari Pasir Gudang ke Terengganu tu. Moga keluarga arwah tabah dgn ujian ini,” dakwa Adam Wong Jr.

Berikutan tular foto berkenaan, adik Iman Aqmar iaitu Izz Anisaa mengesahkan bahawa kenderaan dipercayai jenis Nissan Grand Livina ditemukan di dalam sungai itu adalah kereta abangnya.

Walau bagaimanapun, dia dan ahli keluarga kini dalam perjalanan ke lokasi kejadian untuk mengenal pasti identiti dan mengesahkan siapa mangsa yang berada dalam kereta tersebut.

“Assalamualaikum, maaf kerana lambat update. Saya adik iman, sahkan itu kereta abang saya sepertimana dalam gambar yang dah ramai orang share di WhatsApp, Facebook.

“Saya dan keluarga dalam perjalanan ke tempat kejadian. Kami akan sahkan orang dalam kenderaan itu abang saya atau tidak. In Sha Allah, kami redha atas segalanya. Iman hak Allah SWT,” katanya.

Terdahulu, kisah kehilangan lelaki berusia 24 tahun itu tular di media sosial selepas ahli keluarga tidak dapat menghubunginya ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke tempat kerja di Kemaman dari kampung di Pasir Gudang.

Hebahan kehilangan Iman Aqmar

Apapun, kita tunggu laporan penuh daripada pihak berkuasa mengenai penemuan mayat dalam kereta itu sekali gus dapat menghormati perasaan ahli keluarga Iman Aqmar.

Sumber: Facebook Info-Info Semasa, Kemalangan, Bencana, Jenayah Di Pahang & Luar Pahang & Izz Anisaa

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!