Connect with us

Uncategorized

Patut nikah bulan ini, keluarga terima takdir Allah tetapkan buat Muhammad Iman Aqmar

Published

on

Patut nikah bulan ini, keluarga terima takdir Allah tetapkan buat Muhammad Iman Aqmar

Semalam, tular di media sosial apabila mayat ditemui dipercayai jasad Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain ditemukan di dalam kereta yang terjunam ke sebuah sungai di Jalan Nenasi-Pekan, Pekan selepas sembilan bulan dilaporkan hilang tanpa jejak.

Terbaharu, bapa saudara Allahyarham Muhammad Iman Aqmar mendedahkan sepatutnya pemuda berusia 24 tahun itu bernikah dengan tunangnya pada bulan ini.

Dalam pada itu, bapa saudara Allahyarham, Azuni Abd Kadir,47 memberitahu anak saudaranya itu sudah setahun bertunang dengan pilihan hatinya sebelum dilaporkan hilang.

Menurut laporan Harian Metro, pada mulanya mereka merancang untuk melangsungkan majlis pada Januari lalu namun disebabkan bapa tunangan Allahyarham baharu meninggal dunia, mereka sekeluarga bersepakat untuk menundakan pada bulan ini.

“Namun kerana bapa tunangan Allahyarham baharu meninggal dunia kira-kira dua bulan sebelum kehilangannya, keluarga sepakat menunda majlis pernikahannya pada bulan ini.

Bagaimanapun takdir Allah S.W.T. mengatasi segalanya apabila Allahyarham dilaporkan hilang tanpa jejak sejak 29 Oktober tahun lalu.

Terdahulu, kehilangan pemuda itu tular di media sosial apabila adik Iman Aqmar iaitu Izz Anisaa memohon orang ramai mengesan abangnya selepas gagal dikesan.

Dilaporkan Muhammad Iman Aqmar bergerak dari Pasir Gudang pada jam 1.30 minit pagi 29 Oktober lalu ke Terengganu dengan memandu kenderaan Nissan Grand Livina, sebelum gagal dihubungi oleh ahli keluarga dan majikannya.

Dan, semalam penemuan rangka itu kemudiannya dilaporkan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk bedah siasat manakala kereta itu ditarik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan bagi siasatan lanjut.

Difahamkan sekiranya proses DNA berjalan lancar dan selesai awal esok, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Pasir Gudang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih pada sebelah petang.

Sumber: Harian Metro (Mohamed Farid Noh)

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!