Connect with us

Uncategorized

Misteri kehilangan sejak 10 bulan lalu terjawab, Grand Livina terjunam ke dasar sungai – The Informasi

Published

on

Misteri kehilangan sejak 10 bulan lalu terjawab, Grand Livina terjunam ke dasar sungai

Misteri kehilangan seorang pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan sejak 10 bulan lalu terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam kenderaan yang terjunam ke sebuah sungai di Jalan Nenasi-Pekan, Pekan hari ini.

Menurut KOSMO! ONLINE, mayat Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, 24, (ketika kejadian), ditemui lengkap berpakaian kerja ‘offshore’ di tempat memandu kenderaan Nissan Grand Livina miliknya.

Muhammad Iman Aqmar dilaporkan hilang sejak 29 Oktober tahun lalu dikatakan dalam perjalanan pulang ke tempat kerja di Kemaman, Terengganu.

Menurut ibu mangsa, Azmawati Ab. Kadir, 54, penemuan kenderaan tersebut disedari oleh orang awam yang melalui laluan tersebut sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa.

“Saya terima panggilan berhubung kejadian ini pada pagi tadi, sekarang pasukan penyelamat sedang menarik kereta dan mayat anak saya masih di dalam kenderaan itu.

“Memang saya sahkan, itu anak saya dan nombor kereta sudah nampak dan itu memang kereta anak saya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azmawati berkata, dia reda dan terima segala ketentuan Ilahi malah lega dapat menemui jasad anak lelaki sulungnya yang sudah hampir 10 bulan menanti khabar berita.
Kosmo! pada 2 November tahun lalu melaporkan seorang ibu dari Taman Air Biru di Johor Bahru masih kebingungan dengan nasib yang menimpa anak lelakinya yang dilaporkan
hilang sejak 29 Oktober lalu ketika dalam perjalanan pulang ke tempat kerja di Kemaman, Terengganu.

Azmawati berkata, Muhammad Iman Aqmar sebelum itu sempat balik ke kampung di Pasir Gudang untuk menjenguk keluarga selain ingin menukar kenderaan.

Selepas keluar dari rumah menuju ke Terengganu, Muhammad Iman Aqmar gagal dihubungi sehinggalah mayatnya ditemui kaku di dalam kenderaan yang terjunam di dalam sebuah sungai hari ini.

Foto kredit Bomba & Penyelamat Negeri Pahang dan Izz Anisaa

Sumber : funtasticko

Artikal Popular :

Be the first to comment
Copyright © 2022 | WordPress Theme by MH Themes

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!