Uncategorized
Walaupun D̷engan Alasan Untuk Melindungi Diri Dari Ancaman Pencuri, Warga Emas Tetap Ditahan Dan Dip̷enjara – Viral Malaysiaku

Walaupun D̷engan Alasan Untuk Melindungi Diri Dari Ancaman Pencuri, Warga Emas Tetap Ditahan Dan Dip̷enjara
Walaupun Dengan Alasan Untuk Melindungi Diri Dari Ancaman Pencuri, Warga Emas Tetap Ditahan Dan Dipenjara
Seorang warga emas berusia 74 tahun di Demak, Indonesia telah ditahan pihak polis kerana didakwa melakukan penganiayaan terhadap seorang pencuri. Kes yang melibatkan lelaki itu bermula ketika dia menangkap seorang pemuda berusia 30-an yang sedang mencuri ikan di kolam yang dijaganya.
Kolam ikan itu terletak di Desa Pasir, Kecamatan Mijen, Kabupaten Demak, Jawa Tengah, Indonesia. Kolam ikan tersebut juga difahamkan berada di kawasan yang jauh daripada penduduk.
“Pakcik itu memang penjaga kolam ikan di sana, dia juga tidur di pondok di situ. Pada 7 September sekitar jam 6.30 petang, pakcik itu telah menangkap pencuri di kolam tersebut,”kata Hariyanto, peguam dari LBH Demak Raya.
Pada awalnya lelaki yang hidup sebatang kara ini difahamkan telah menegur pencuri tersebut secara baik. Namun, pencuri itu tidak dapat menerima teguran tersebut dan terus menyerang warga emas tersebut dengan menggunakan alat menangkap ikan yang dibawanya.
“Warga emas itu telah menjerit-jerit pencuri, tetapi tidak ada yang memberikan respon kerana jarak tempat itu dengan penduduk jauh. Pencuri itu hendak menyerang warga emas itu, kemudian warga emas berkenaan mengambil sabit dan membaling ke arah pencuri itu untuk melindungi diri,” kata Hariyanto.
Menurut keterangan dari warga emas tersebut, bukan sekali kehilangan barang atau ikan di kolam yang dijaganya itu berlaku. Sebelum ini, kolam tersebut pernah kehilangan pam airnya. “Sebelum ini, kolam ikan yang dijaga sering kehilangan barang. Semalam, pencuri telah berjaya menangkap hampir 20 kilogram ikan. Itulah sebabnya warga emas tersebut memilih untuk tidak berdiam diri lagi,”lanjutnya.
Setelah bergelut dengan pencuri ikan itu, warga emas berkenaan kemudiannya melaporkan kejadian kecurian tersebut kepada penduduk kampung. Dia juga mengakui telah memukul mangsa dan mencederakannya.
“Selepas itu, bercakap dengan penduduk bahawa telah berlaku kecurian, pencuri itu telah ditikamnya. Kemudian pada sekitar pukul 11 malam itu juga, dia telah dibawa ke balai polis atas laporan berkenaan kejadian tersebut,” tambahnya.
Menurutnya, penahanan yang dilakukan oleh pihak polis merupakan suatu yang agak keterlaluan. Lebih-lebih lagi, kes ini telah siap untuk diadili kerana fail tersebut telah dinyatakan P21 oleh pejabat pendakwa raya. “Ianya agak lucu, tidak masuk akal apabila seseorang menangkap pencuri, melindungi dirinya dari ancaman yang dilakukan oleh pencuri tersebut, dipenjara dan dihukum,” tegasnya.
Haryanto berharap agar pegawai penguatkuasa dapat melihat kes ini dengan adil. “Untuk berlaku adil, pencuri itu juga perlu dipenjara kerana penipuan, bukan hanya warga emas itu sahaja. Lebih-lebih lagi, dia melakukan perkara itu hanya untuk melindungi dirinya sendiri sahaja,” kata Haryanto. Sehingga kini, Polis Demak serta Pejabat Pendakwa Raya Demak masih belum lagi memberikan maklumat lanjut berkenaan kes ini.
Sumber PaduMedia
Pihak Viral Malaysiaku tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Viral Malaysiaku Ya. Terima Kasih
-
Motivasi1 year ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH11 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa1 year ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi1 year ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH10 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa1 year ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa1 year ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis