Connect with us

Uncategorized

Lima minit rider kena ‘sidai’ masa hujan lebat, ribut petir… Pelanggan buat apa dalam rumah? Nasib baik jiran buka pagar ajak berteduh

Published

on

Lima minit rider kena ‘sidai’ masa hujan lebat, ribut petir… Pelanggan buat apa dalam rumah? Nasib baik jiran buka pagar ajak berteduh

Selain daripada berdepan dengan risiko kemalangan jalan raya, cuaca yang tidak menentu juga merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi oleh setiap pekerja servis penghantaran (rider).

Kadang kala terbit rasa serba salah dan kasihan apabila tidak sengaja membuat pesanan makanan sewaktu hujan, sekali gus seolah-olah tidak prihatin dengan situasi yang dihadapi rider.

Namun ada juga segelintir pelanggan yang tidak sensitif apabila membiarkan rider basah kuyup dalam tempoh yang agak lama di luar rumah.

Menerusi video berdurasi 10 saat tersebut, kelihatan seorang rider yang lengkap memakai baju hujan berdiri mundar mandir di luar pagar sebuah kediaman berpagar ketika hujan lebat yang turut disertai ribut petir.

Perkongsian video oleh seorang wanita, @naddyross di laman sosial mengenai situasi yang dihadapi seorang rider, benar-benar menyentuh hati warga maya.

ARTIKEL BERKAITAN: Setia tunggu pelanggan depan pagar rumah… berlatarkan lagu nyanyian Yana Samsudin, video rider basah kuyup dalam hujan lebat jentik emosi

ARTIKEL BERKAITAN: Rider basah kuyup singgah di bus stop makan kek disedekah peniaga, apa ditemui dalam sampul cukup mengejutkan – “Kesian dah 45 minit dia tunggu”

Menurut wanita berkenaan, dia yang tinggal berhadapan dengan rumah terbabit menyaksikan rider tersebut menunggu jirannya sekitar lima minit dalam hujan lebat.

“Aku tak sampai hati tengok dia hon hon sambil sorokkan fon dia nak call customer dalam hujan.

“Aku buka gate, aku keluar dengan payung… aku suruh dia berteduh dulu bawah bumbung rumah aku.

Kisah rider yang terpaksa meredah hujan lebat demi pelanggan pernah ditularkan sebelum ini.

“Sampai ke sudah customer tak buka. In the end, aku agak hq (ibu pejabat) cancel kot order tu. Dia cakap terima kasih dekat aku… terus gerak balik dalam hujan lebat tu,” kongsinya.

Terkesan dengan insiden tersebut, wanita berkenaan sempat menitipkan nasihat kepada orang ramai agar lebih prihatin sekiranya membuat pesanan makanan.

“Guys, tolonglah kalau order makanan time hujan tu ada common sense la sikit untuk alert korang punya makanan tu dah out for delivery ke apa.

Tak faham manusia jenis macam ni. Rasanya dekat apps tu boleh trace dah sampai mana motor rider tu. Patutnya boleh standby dekat luar tunggu.

NETIZEN

“Semoga abang tu murah rezeki,”

“Saya post video ni bukan niat untuk burukkan jiran saya. Cuma saya nak bagi kesedaran kepada semua untuk sentiasa alert dengan status order lagi-lagi cuaca macam ni,kongsinya lagi.

Sementara itu menjengah ruangan komen, rata-ratanya turut bersimpati dengan nasib rider berkenaan selain turut meluahkan rasa geram dengan sikap jiran wanita tersebut.

“Tak faham manusia jenis macam ni. Rasanya dekat apps tu boleh trace dah sampai mana motor rider tu. Patutnya boleh standby dekat luar tunggu.

Antara komen netizen yang menyuarakan rasa simpati terhadap rider berkanaan selain mengucapkan terima kasih di atas kebaikan hati wanita tersebut.

“Tolonglah yang order ada rasa tanggungjawab. Tengoklah phone… kan ada update lokasi.

“Macam manalah orang boleh biar rider ni tunggu dekat luar lama-lama? Kalau aku ni dah gelabah tunggu depan pintu.” demikian antara komen netizen.

Sehingga kini video yang dimuat naik oleh wanita berkenaan meraih sejuta jumlah tontonan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!