Uncategorized
3 hari tidur di koridor dan tidak mandi, kisah wanita ini mendapat perhatian Uncle Kentang – Sumbermaklumat

3 hari tidur di koridor dan tidak mandi, kisah wanita ini mendapat perhatian Uncle Kentang
Pada minggu lalu , seorang wanita dihalau dari bilik yang disewanya di rumah pangsa Suria Magna di Kepong dan insiden ini telah mendapat perhatian daripada Kuan Chee Heng. Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Úncle Kentang merupakan seorang usahawan yang berjaya.
Semua barangan miliknya telah dialihkan di bahagian koridor rumah pangsa itu dan wanita ini tidak mampu untuk melakukan apa-apa kerana hanya mempunyai wang sebanyak RM12 sahaja. Wanita ini turut mendakwa pernah cuba untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai dan ahli politik namun tidak berjaya.
Aktivis sosial ini telah segera bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja mendapat info daripada orang awam yang menyatakan wanita berkenaan telah tidur di laluan koridor selama tiga hari kerana tidak mempunyai hala tuju lain.
”Makcik kena kunci dan barang beliau diletakkan di koridor selepas tak mampu bayar sewa. Tidak mengapa makcik, kita akan bantu. Makcik sudah tidak tidur selama tiga malam. Sedih sangat. Muka cengkung dan duit dalam poket hanya ada RM12. Sebatang kara. Kita akan bantu,” tulis Uncle Kentang menerusi Facebook miliknya pada 9 Februari lalu.
Usahawan dan dermawan berusia 56 tahun ini telah menghulurkan pertolongan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga memastikan bahawa wanita ini ditempatkan di tempat yang selamat. Malah, Uncle Kentang turut berjanji akan menjemput wanita ini untuk menikmati juadah makan malam sempena sambutan Hari Tahun Baharu Cina.
Kuan mendapat gelaran Uncle Kentang apabila dia mengambil tindakan untuk memberikan ubi kentang kepada golongan miskin dan memerlukan beberapa tahun yang lalu. Jelasnya, golongan ini seringkali diberikan sumbangan dalam bentuk beras namun majoritinya terlalu miskin sehingga terpaksa memakan nasi bersama kicap sahaja.
”Mereka tidak mempunyai duit untuk membeli sayur. Apabila saya memberikan kentang, mereka kelihatan sangat gembira”.
Selain itu, Kuan juga menyediakan perkhidmatan ambulans secara percuma kepada mereka yang memerlukan. Malah, Kuan juga sebelum ini pernah memperkenalkan Pasar Mini 10 sen di mana kewujudan pasar ini adalah khusus untuk golongan miskin membeli barangan yang didermakan oleh orang ramai seperti mesin basuh atau pakaian pada harga sebanyak RM0.10 sahaja!
Semoga Kuan atau Uncle Kentang akan terus dikurniakan limpahan rezeki dan kesihatan yang baik demi kebajikan masyarakat yang dalam kesusahan.
-
Motivasi2 years ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH1 year ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa2 years ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi2 years ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH12 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa2 years ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa2 years ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis