Uncategorized
Setiap kereta kena pasang ‘dashcam’ sebagai langkah berjaga-jaga. Lelaki ini pura2 pengsan depan kereta dirakam netizen. “Marah tapi kesian,mungkin lelaki ini terdesak sangat” – Sumber Maklumat

Setiap kereta kena pasang ‘dashcam’ sebagai langkah berjaga-jaga. Lelaki ini pura2 pengsan depan kereta dirakam netizen. “Marah tapi kesian,mungkin lelaki ini terdesak sangat”
Kenaikan kes penipuan scammer yang mengaitkan rakyat negara kita kini dilihat semakin membimbangkan semua pihak. Secara umumnya, jenayah scammer ini membabitkan pelbagai jenis kes penipuan atas talian, termasuk Macau Scam, Love Scam dan penipuan bomoh, khidmat pesanan ringkas (SMS), tanah, kad kredit, penyamaran, perniagaan serta pinjaman tidak wujud.
Ironinya, jenayah ini mengira siapa sahaja mangsa apabila hampir semua lapisan anggota masyarakat termasuk golongan profesional seperti doktor dan peguam turut menjadi mangsa sindiket yang licik ini. Namun bagi kisah ini pula, ia melibatkan penipuan di atas jalan raya untuk mendapatkan claim insurans pengguna kenderaan yang terbabit. Hal ini sempat dirakam oleh seorang pengguna TikTok.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ikkk247, kelihatan seorang pakcik tidak dikenali berpura-pura pengsan di tengah jalan menghalang sebuah kereta sehingga menyebabkan kereta tersebut tidak dapat lalu.
Jika diperhatikan dengan lebih teliti video tersebut, dilihat lelaki tidak dikenali ini bangun semula daripada pura-pura pengsan dan terus marah owner kereta merah tersebut. Apa yang lebih mengejutkan bila lelaki ni tarik dan hempas ‘wiper’ kereta tu dengan sangat kasar dan ganas.
Di samping itu, netizen ini juga sempat merakam yang lelaki ni cuba untuk halang laluan kereta merah tu dari bergerak ke laluan jalan yang lain.
Perbuatan tidak bermoral pakcik ini telah menyebabkan dirinya di dalam keadaan bahaya dan juga menyusahkan pemandu lain. Mana tidaknya, ‘drama’ lelaki ni buat tengah-tengah jalan dah menyebabkan kesesakan jalan dan kereta belakang langsung tak boleh bergerak.
Video
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 877.9K tontonan, 79.7K tanda suka, 1188 komen dan 1400 perkongsian di laman TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terkejut kerana taktik ini hanya ada kat luar negara je, rupanya dah sampai ke Malaysia.
Dalam masa yang sama, para netizen juga mencadangkan agar setiap kereta memasang ‘dashcam’ sebagai langkah berjaga-jaga jikalau kejadian seperti ini berlaku lagi pada masa akan datang.
“Taktik mcm ni memang selalu ada.. sama ada dia nk fitnah awk langr dia, atau dia nk rompak..”
“Dashcam mcm dah wajib dah sekarang ni. Takutt”
Sumber: yoy.my
Be the first to comment
-
Motivasi1 year ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH5 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa1 year ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi1 year ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama1 year ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH4 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa12 months ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa12 months ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis