Uncategorized
Kanak-kanak maut, ibu dan kakak parah kereta bertembung treler – Sumber Maklumat Media

Kanak-kanak maut, ibu dan kakak parah kereta bertembung treler
MACHANG – Seorang kanak-kanak maut manakala kakak dan ibunya parah selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler yang membawa muatan kereta di Kilometer 54.1, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di sini semalam.
Dalam kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa, Nur Faqihah Nahdrah Noorfakrumuzi, 4, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian dalaman badannya.
Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohamad Rusli Mat berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika sebuah treler dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun yang sedang dalam perjalanan menghantar kereta dari arah Kuala Krai ke Kota Bharu.
Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, pemandu treler dipercayai menekan brek secara perlahan sehingga menyebabkan bahagian ekor treler menghentam bahagian kepala kenderaan berat itu.
“Insiden tersebut menyebabkan pemandu treler gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta jenis Perodua Bezza dinaiki tiga beranak itu.
“Kejadian itu turut mengakibatkan kereta yang dipandu ibu mangsa, Siti Nadiah Mat Ghazi, 33, yang merupakan Penolong Pegawai Veterinar telah diheret ke sebelah kiri jalan menghala ke Kuala Krai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Menurut Mohamad Rusli, ketiga-tiga mangsa tersepit dalam kereta dan telah dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat Machang.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Machang di sini untuk dibedah siasat manakala ibu dan kakaknya yang berusia enam tahun turut dihantar ke Hospital Sultal Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut.
Tambahnya, polis telah menahan pemandu treler itu untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 41(1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Sumber Maklumat Media
-
Motivasi1 year ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH11 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa1 year ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi1 year ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH10 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa1 year ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa1 year ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis