Uncategorized
‘Badan reput penuh ulat’ – Mayat lelaki ditemui berbungkus dalam karpet

‘Badan reput penuh ulat’ – Mayat lelaki ditemui berbungkus dalam karpet
July 26, 2022July 26, 2022 by Rahul
GUA MUSANG – Mayat seorang lelaki yang dipercayai warga asing yang berulat dan sudah hampir reput ditemui dalam keadaan berbungkus dengan karpet di kawasan semak berdekatan kolam Air Panas, Lojing di sini kelmarin.
RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI
Penemuan mayat itu dilaporkan dari seorang anggota pondok polis Lojing di sini selepas melihat objek seperti mayat manusia yang diikat dengan tali kira-kira pukul 8.30 malam.
Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan berbungkus dengan karpet di kawasan semak berhampiran kolam Air Panas,Lojing Gua Musang kelmarin. -Foto : IHSAN POLIS
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan mendapati, mayat mangsa turut dibungkus menggunakan selimut dan terdapat bantal pada bawah kepalanya.
Menurutnya, mangsa dipercayai warga asing kerana tidak mendapat suntikan Bacille Calmette-Guerin (BCG) dan disyaki telah meninggal dunia dalam tempoh 36 jam.
“Umur dan identiti yang tidak diketahui identitinya didapati tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri kepadanya tetapi dipercayai telah meninggal dunia di tempat lain, namun mayatnya diambil sebelum ditinggalkan di kawasan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
“Mayat mangsa ditemui memakai lengan panjang, sarung selain gambar burung di lengan kanan.
Menurut Choon Foo, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati, kawasan tersebut jauh dari kawasan kejiranan dan merupakan laluan utama yang digunakan dari Gua Musang ke Lojing.
Katanya, hasil bedah siasat juga menunjukkan tiada sebarang kecederaan akibat perbuatan jenayah dapat dikesan pada mayat mangsa.
Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Antara Komen Netizen:
“Mgkin member dia xtau mcm mna nk urus pastu angkut pegi buang gitu ja… Atau pon babitkan kos tggi bawak balik negara asal..” – Azroy Maoc
“Mungkin dah meninggal,kawan² pulak xnak bertanggung jawab kebumi kan..sebab proses yang rumit,sebab tu di buang je macam tu.” – Syha
“ni mesti warga asing dorang pun malas nak amik port dah…amik bungkus bakar” – Amirol
Sumber Kosmo
Post navigation
-
Motivasi1 year ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH11 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa1 year ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi1 year ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH10 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa1 year ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa1 year ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis