Connect with us

Uncategorized

Rakaman kemalangan treler terbabas laju seret kereta sejauh 10 meter, pemandu akhirnya menerima rawatan – Sumber Maklumat Media

Published

on

Rakaman kemalangan treler terbabas laju seret kereta sejauh 10 meter, pemandu akhirnya menerima rawatan

PONTIAN – Berpantang maut sebelum ajal, itulah detik yang sangat susah untuk dilupakan yang dilalui seorang warga emas apabila kereta Toyota Camry yang dipandunya bertembung sebelum diseret sebuah treler dalam kejadian di Kampung Ulu Pulai, di sini tengah hari tadi.

LINK RAKAMAN VIDEO MENGERIKAN ADA DI PALING BAWAH

Pada kejadian pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Wang Ah Fook, 66, bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan luka tangan dan bahagian kening.

Keadaan kemalangan yang nyaris meragut nyawa seorang warga emas di Kampung Ulu Pulai, Pontian, Johor hari ini.

Nyaris maut kereta bertembung, diseret treler

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, semasa kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Pontian menuju ke Johor Bahru.

“Setiba di lokasi kejadian, tiba-tiba datang sebuah treler yang dipandu seorang pemuda berusia 28 tahun yang disyaki hilang kawalan lalu terbalik dan merempuh kereta dinaiki Ah Fook.

“Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa terseret sejauh kira-kira 10 meter dan terperosok bawah treler berkenaan,”katanya ketika dihubungi di sini.

Mohammad Shofee berkata, pemandu treler warga tempatan itu turut mengalami kecederaan ringan luka di telinga serta dahi.

Tambah Mohammasd Shofee, punca kemalangan disebabkan pemandu treler tersebut hilang kawalan dan melanggar kereta yang datang dari arah bertentangan.

RAKAMAN VIDEO : SILA KLIK DI SINI

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!