Uncategorized
Pelajar maahad tahfiz dijemput Ilahi selepas khatam al-Quran – Sumber Maklumat Media

Pelajar maahad tahfiz dijemput Ilahi selepas khatam al-Quran
Tasek Gelugor: Pelajar perempuan sebuah maahad tahfiz di Sungai Dua yang baharu selesai khatam al-Quran maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Guar Petai, di sini, pagi tadi.
Pada kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa yang berusia 17 tahun menaiki kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza bersama guru serta tiga rakannya.
Bagaimanapun ketika tiba di lokasi kejadian, kereta itu telah dilaporkan terbabas hingga melanggar sebatang pokok yang berada di tepi jalan di arah bertentangan.
Ekoran itu, mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan maut di lokasi kejadian manakala guru serta rakannya yang lain mengalami kecederaan.
Mayat dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk proses bedah siasat manakala empat yang cedera dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan lanjut
Berita kemalangan itu kemudian menular di media sosial dengan orang ramai meluahkan rasa sedih termasuk ada beberapa individu dipercayai kenalan mangsa memaklumkan bahawa mangsa baharu selesai menghabiskan semua juzuk bacaan al-Quran hari ini.
Difahamkan, mangsa adalah seorang anak seorang mudir di sebuah madrasah di Padang Serai, Kedah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad mengesahkan kejadian berkenaan. siasatan mendapati kenderaan itu dalam perjalanan dari arah Guar Petai menuju ke Sungai Dua.
“Siasatan lanjut masih lagi diteruskan,” katanya.
sumber: https://wowberita.my/
-
Motivasi1 year ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH11 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa1 year ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi1 year ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH10 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa1 year ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa1 year ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis