Connect with us

Uncategorized

Berat h4ti menahan kesedihan, seorang bapa terpaksa temb4k anak ‘IaIok’ eIak dis3rang – Sumber Maklumat Media

Published

on

Berat h4ti menahan kesedihan, seorang bapa terpaksa temb4k anak ‘IaIok’ eIak dis3rang

Seorang bapa telah dilaporkan menembak anaknya sendiri hingga mati dalam keadaan terpaksa kerana cuba menyerangnya menggunakan sebilah parang dipercayai sedang berada dibawah pengaruh dadah.

Berdasarkan laporan akhbar The Thaiger, dia menembak anaknya yang merupakan penagih dadah tegar dengan menggunakan senapang patah yang berlaku kelmarin.

Pada masa kejadian , difahamkan mangsa telah menghunus sebilah parang panjang berukuruan 1.2 meter ke arah muka bapanya yang berlaku di daerah Sichon, Thailand.

Kata The Thaiger, dia bertindak demikian adalah untuk mempertahankan dirinya dari diserang oleh mangsa yang telah lama mengalami masalah ketagihan da.dah.

Ayah mangsa yang juga merupakan penolong ketua kampung daerah itu berkata, ini bukan kali pertama dia diserang oleh mangsa selain pernah juga pernah dirawat di hospital beberapa kali sebelum ini.

Menurut The Thaiger, pada Ahad lalu, mereka sekali lagi diserang oleh mangsa dengan ganas. Oleh itu, bapa mangsa cuba bertindak menghalang serta menghentikan tindakan ganas yang cuba dilakukan oleh mangsa.

Tanpa disangka-sangka, mangsa telah menghunuskan senjata parang ke arah bapanya yang kemudian memaksanya melepaskan tembakan ke arah anak sendiri. Lantaran dari kejadian itu, bapa mangsa menghubungi pihak polis dan menjelaskan perkara yang berlaku.

Setiba pihak polis di tempat kejadian, mereka mendapati mangsa terbaring di rumah mereka dalam keadaan tidak bernyawa bersama-sama sebilah parang di sisi mayat mangsa.

Pegawai Polis, Kittisak Ramsawat berkata, mereka masih dalam usaha megumpul bahan bukti forensik dan menemu bual beberapa saksi dan juga bapa mangsa sebelum mereka boleh failkan dakwaan.

Sumber:Siakapkeli

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!