Connect with us

Uncategorized

Khabar Duka, Zuriati Laza Meninggal Dunia Kepala Bergesel Bahagian Pengorek Jentolak. Salam Takziah Buat Keluarga

Published

on

Khabar Duka, Zuriati Laza Meninggal Dunia Kepala Bergesel Bahagian Pengorek Jentolak. Salam Takziah Buat Keluarga

KUALA KANGSAR: Seorang wanita maut selepas kepalanya bergesel pada bahagian pengorek belakang sebuah jentolak ketika membonceng motosikal di kawasan pembaikan jalan di Kilometer 17 Jalan Kuala Kangsar-Manong di sini, tengah hari tadi.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Pada kejadian jam 12 tengah hari berdekatan Kampung Lempor Hilir itu, Zuriati Laza Nazeri, 39, yang membonceng motosikal ditunggang seorang lelaki maut di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala.

Seorang wanita maut apabila kepalanya bergesel pada bahagian pengorek belakang sebuah jentolak dalam kemalangan di kilometer 17 Jalan Kuala Kangsar-Manong di sini, hari ini – Foto ihsan pembaca

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob , berkata ketika sedang melalui kawasan itu, bahu jalan di hadapan laluan mangsa yang sedang dalam kerja pembinaan ditutup.

beliau berkata, siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha LC dinaiki mangsa dalam perjalanan dari arah Manong ke Kuala Kangsar.

“Sewaktu cuba memotong jentolak itu, kepala mangsa yang mengenakan topi keledar bergesel pada bahagian pengorek belakang jentolak terbabit.

“Ketika itu, jentolak berkenaan sedang dikendalikan seorang lelaki berusia 47 tahun berada pada kedudukan melintang di hadapan laluan mangsa.

“Akibat perlanggaran itu. mangsa terjatuh di atas jalan raya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, penunggang motosikal berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, termasuk pemandu jentolak.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

Sumbe BH

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!