Uncategorized
Hasrat tunai umrah tak kesampaian, isteri m4ut digili$ kereta – Sumber Maklumat Media

Hasrat tunai umrah tak kesampaian, isteri maut digilis kereta
MELAKA – Seorang wanita maut manakala suaminya parah dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Melaka Sentral di sini semalam.
Mangsa, Adawiyah Zakaria, 41 yang dibonceng suaminya, Looy Mohammad Brah, 34, disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka selepas dua jam bertarung nyawa menerima rawatan di zon merah manakala suaminya turut dilaporkan kritikal dalam kejadian 1.50 tengah hari itu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, ketika kejadian berlaku, kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai peniaga makanan di Medan Selera Limbongan sedang menghala ke Malim dari arah pasar raya Lotus.
“Pasangan yang menaiki motosikal model Modenas GT ketika itu difahamkan sedang dalam perjalanan menguruskan beberapa dokumen untuk mengerjakan umrah.
“Bagaimanapun apabila ditempat kejadian, motosikal ditunggang suaminya dipercayai terlanggar belakang bumper kanan kereta jenis Mazda CX-5 dipandu kerani berusia 47 tahun yang bergerak dari arah sama,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, pelanggaran itu mengakibatkan Adawiyah tercampak di tengah jalan manakala suaminya tercampak di bahagian kanan jalan tiga lorong di sana.
Pada masa yang sama juga, katanya sebuah lagi kereta jenis Proton Wira Aeroback dipandu warga emas berusia 61 tahun tidak sempat mengelak lalu merempu mangsa yang menyebabkan mangsa terperosok di bawah kereta.
“Kedua-dua mangsa suami isteri yang parah di kepala dan badan kemudian dikejarkan ke Hospital Melaka dan telah dirawat di zon merah sebelum isterinya disahkan meninggal dunia pada jam 3.50 petang.
“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – MalaysiaGazette
sumber: https://wowberita.my/
Sudah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Kongsi Halaman https://sumbermaklumat.com/
-
Motivasi12 months ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH5 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa12 months ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi12 months ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama1 year ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH4 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa12 months ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa12 months ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis