Uncategorized
Dua kanak-kanak maut dalam kejadian tanah runtuh di Kota Kinabalu

Tanah runtuh menghempap rumah’ – Dua kanak-kanak meninggal dunia tertimbus tanah dan pokok
KOTA KINABALU: Dua kanak-kanak maut manakala dua individu lagi cedera dalam satu kejadian tanah runtuh yang menghempap sebuah rumah di Taman Elok, Jalan Bukit Nenas, di sini, malam tadi.
Mangsa, Isa Sabri, 2 tahun, dan Norain Jaziz, 11 tahun, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.Sementara itu, Siti Nur, 28 tahun, yang mengalami patah tangan dan suaminya, Sabri Botong, 28 tahun, yang cedera ringan di kaki, turut menerima rawatan di hospital yang sama.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 8.26 malam.
Seramai 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas dan Kota Kinabalu, berserta jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan, dikerah ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, didapati berlaku kejadian tanah runtuh yang menghempap sebuah rumah yang didiami sembilan sekeluarga.
“Terdapat empat mangsa terbabit iaitu satu cedera di bahagian kaki manakala tiga lagi tertimbus tanah dan pokok,” menurut kenyataan itu.
Isa yang berjaya dikeluarkan lebih awal dihantar ke hospital sebelum ketibaan pasukan bomba namun tidak berjaya diselamatkan.
“Terdapat empat mangsa terbabit dalam kejadian itu dengan tiga daripada mereka tertimbus tanah dan pokok, manakala satu lagi cedera di kaki,” katanya, malam tadi.
Berdasarkan kenyataan itu, seorang mangsa kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dihantar ke hospital sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.
“Dua lagi mangsa perempuan termasuk seorang kanak-kanak yang tertimbus berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan orang awam.
“Mangsa kemudian diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan seterusnya dihantar ke hospital menggunakan EMRS dan ambulans.
“Dua kanak-kanak disahkan meninggal dunia di hospital manakala dua lagi mangsa yang cedera kini menerima rawatan,” katanya.
Katanya lagi, selepas memastikan tiada lagi bahaya lain terbabit operasi ditamatkan pada pukul 10 malam.
Sumber HM
-
Motivasi1 year ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH11 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa1 year ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi1 year ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH10 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa1 year ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa1 year ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis