Connect with us

Uncategorized

Tiada Satu Hari Pun Saya Tak Ingat Arwah Nak Sangat Jumpa Dalam Mimpi Shuib – Sumber Maklumat Media

Published

on

Tiada Satu Hari Pun Saya Tak Ingat Arwah Nak Sangat Jumpa Dalam Mimpi Shuib

Usahawan dan pelawak popular, Shuib Sepahtu sukar membuang perasaan sedih dan pilu atas pemergian arwah isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang telah genap setahun meninggal dunia mengikut kalendar Islam.

“Saya reda, cuma rindu yang sangat unik.”

Sebak saat soalan diajukan, Shuib tidak dapat mengawal diri mengimbas kembali detik pemergian arwah pada 9 Ogos lalu.

Bagaimanapun, kata Shuib, 37, atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, dia harus reda dengan pemergian arwah dan percaya dengan setiap aturan ditentukan Allah.

“Saya berikan satu contoh. Pernah tak teringat sesuatu perkara tanpa gagal, setiap hari? Saya melaluinya setiap hari dalam masa setahun ini.

“Saya reda, cuma rindu yang sangat unik. Kadang-kadang, saya tak tahu nak cakap macam mana. Perubahan perasaan setiap hari tidak sama.

“Tiada satu hari pun saya tidak ingat atau memikirkan arwah.

“Saya akan selalu bersedih, tetapi insya-Allah, saya reda dengan ketentuan ini. Saya bersyukur segala yang Allah beri dan aturkan untuk saya.

“Dengan apa yang dilalui, saya yakin Allah mahu berikan lebih baik untuk saya dan anak-anak, insya-Allah,” katanya.

Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi pada 9 Ogos, tahun lalu.

Tarikh 29 Julai 2022, genap setahun pemergiannya mengikut kalendar Islam, di mana arwah Siti Sarah meninggal dunia sehari sebelum Awal Muharam yang jatuh pada esok.

Berharap dapat bertemu arwah dalam mimpi

Bagi Shuib, meskipun sudah setahun, dia masih merasakan baru semalam arwah meninggalkannya dan anak-anak.

Namun, dalam tempoh setahun ini, Shuib berkata, arwah tak pernah hadir dalam mimpinya.

“Saya sangat berharap dapat bertemu arwah dalam mimpi. Setahu saya, anak-anak, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin pernah bermimpikan arwah.

“Cuma, saya dan bapa mentua belum lagi. Saya hanya pernah bermimpi saya mencari-cari arwah, tetapi tidak berjumpa.

“Mimpi dapat melihatnya depan mata, belum lagi hadir. Saya berharap sangat dapat mimpikan arwah,” katanya.

Anak masih bertanya, sesekali menangis rindu

Berkongsi mengenai anak-anak, Shuib berkata, anak-anak masih bertanya mengenai arwah, namun semuanya dalam keadaan terkawal.

“Mereka masih bertanya dan kalau rindu, mereka beritahu. Contohnya, Talita. Saya kenal anak-anak dan tahu bila masa mereka merindui ibu mereka.

“Bila saya tanya, mereka akan jawab sangat merinduinya. Boleh tengok riak wajah mereka menangis.

“Namun, anak-anak tetap menerima pemergian arwah dengan baik, cuma, mereka memerlukan lebih perhatian daripada saya. Sayalah bertanggungjawab memenuhi apa yang mereka ingini, insyaAllah mereka okay,” katanya.

Arwah Siti Sarah meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 1.

Ayash dilahirkan pada 6 Ogos, tahun lalu melalui kaedah pembedahan di HCTM, UKM iaitu tiga hari sebelum arwah menghembuskan nafas yang terakhir.

Kredit: BH Online

Ikuti kami di https://sumbermaklumat.com/

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!