Uncategorized
Wajah adik lelaki ‘cucuk langit’ terpampang di TikTok, kisah curang jadi buah mulut… Kakak harap bekas adik ipar berhenti buka aib – Sumber Maklumat Media

Wajah adik lelaki ‘cucuk langit’ terpampang di TikTok, kisah curang jadi buah mulut… Kakak harap bekas adik ipar berhenti buka aib
Video tular memaparkan lelaki itu yang sedang menari dengan seorang wanita.
Baru-baru ini media sosial kecoh apabila seorang isteri berkongsi video memaparkan suaminya sedang berhibur dengan wanita lain di sebuah kelab malam.
Menurut wanita dikenali sebagai Farah Nabilah Salim, 19, perbuatan suaminya yang dipanggil Kimi, 22, menari dengan kakak angkatnya di sebuah kelab malam akhirnya membawa kepada perceraian mereka pada 2 Jun lalu.
Enggan membiarkan spekulasi terus bertebaran luas, kali ini kakak kepada Kimi tampil berkongsi cerita dengan mStar dan berharap segala kekusutan yang berlaku dapat ditamatkan segera.
Sherry tampil memberi penjelasan mewakili pihak keluarganya dan berharap kes itu dapat selesai dengan cara baik.
Hanya mahu dikenali sebagai Sherry, 24, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai video tular kecurangan adiknya, namun mengharapkan yang terbaik untuk mereka berdua.
“Saya tak aktif di TikTok, jadi apabila dia (bekas adik ipar) masukkan video, saya tak tahu. Tapi sebab dia dikenali, maka ramai orang sekeliling yang WhatsApp dan telah menghantar screenshot kepada saya, bukan saya sendiri yang stalk.
“Mereka berdua masih muda lagi. Jadi apabila berlaku macam ni, saya sendiri ada bercakap dengan Kimi. Saya kakak yang sudah berkahwin, ada pengalaman. Sebelum mereka kahwin pun saya dah beri pesan, kalau ada masalah tolong selesaikan dengan sebaik mungkin.
ARTIKEL BERKAITAN: Kembali solo selepas cerai umur 19 tahun, gadis tak kesal kahwin muda cuma trauma dengan lelaki
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dari Kelantan tak disukai keluarga sanggup ‘basuh berak’ bapa mertua, kini tiap minggu nak menantu balik.
“Secara bersemuka pun saya dah ‘ceramah’ macam-macam dekat adik. Saya pun bukan 24 jam ada dengan adik sebelum ni, saya menetap di rumah mentua saya. Saya tak iyakan perbuatan adik saya, saya cuma nak mereka berdua terus ke depan, agar boleh selesai dengan cara baik,” ujarnya.
“Sekali dah berlaku macam ni, video dia pun tular di TikTok. Saya ada cakap dekat mak, kenapa benda macam ni berlaku? Kenapa tak selesaikan cara baik, padahal boleh selesaikan sesama keluarga. Sebelum ni saya jarang bersuara, tak nak orang fikir saya menyebelahi adik.
Menurut Sherry yang juga ibu kepada seorang cahaya mata, dia enggan membuka aib mana-mana pihak, namun berharap pasangan itu dapat menjalani kehidupan yang lebih matang pada masa akan datang.
Apabila dah tular macam ni, keluarga pun malu, saya tak nak burukkan sesiapa mahupun back up adik saya.
SHERRY
Tambah Sherry lagi, tiada insan yang sempurna dalam dunia ini sebaliknya setiap pasangan harus melengkapi dan menerima kekurangan masing-masing dalam berumah tangga.
“Kimi ada maklumkan kepada saya bahawa mereka akan naik ke mahkamah pada 1 Ogos depan. Saya kata kalau dia dah tak ada jodoh, mungkin itu susunan terbaik Allah. Kadang-kadang Allah tak bagi apa yang kita nak, sesungguhnya Allah itu perancang yang terbaik.
“Saya kata kepada Kimi, benda ni dah terjadi. Kalau berpisah, dia pasti akan rasa kehilangan. Jadi suatu hari nanti jika ada jodoh mereka semula atau dia jumpa jodoh lain, saya harap dia hargai pasangan dan jangan ulangi kesalahan,” ujarnya.
Kata Sherry lagi, netizen yang melihat video tular itu di TikTok hanya mengetahui secara luaran sahaja, malah katanya dia kecewa isu itu menjadi bahan perbualan orang luar yang tidak tahu pucuk pangkal cerita sebenar.
Farah baru-baru ini berkongsi video memaparkan suaminya sedang menari dengan wanita lain di kelab malam.
“Dalam perkahwinan, kita kena betulkan pasangan kita sebab dua-dua tak sempurna, perkahwinan itu saling melengkapi, jangan sentiasa harapkan 100 peratus kesempurnaan. Saya bukannya apa, saya cuma kecewa apabila pihak sana perbetulkan masalah dengan cara tak bagus.
“Apabila dah tular macam ni, keluarga pun malu. Saya tak nak burukkan sesiapa, saya juga tak back up adik saya. Apa saya dapat kalau saya burukkan pihak sana? Kalau dah kahwin dan ada masalah, boleh curahkan pada orang yang betul, contohnya keluarga atau rakan baik, bukannya kepada netizen.
“Setiap rumah tangga ada pasang surut, kita tak boleh harapkan bahagia selamanya. Kalau ada masalah, pasti ada punca. Dia sendiri tahu kenapa Kimi pergi ke kelab malam. Netizen yang lihat video hanya menilai daripada luar,” ujar Sherry yang juga anak sulung daripada dua beradik.
Untuk rekod, video yang dikongsi Farah mengenai aksi suaminya menari di kelab malam meraih ratusan ribu tontonan, malah dia turut tampil bercerita mengenai luahan hatinya menerusi laporan mStar pada 28 Julai lalu.
Dapatkan info dengan mudah dan pantas di https://sumbermaklumat.com/
-
Motivasi2 years ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH1 year ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa2 years ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi2 years ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH12 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa2 years ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa2 years ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis