Connect with us

Uncategorized

Staff Paling Legend Di Petronas Pendang, Majikan Beri Hadiah Long Servis Reward “Pakej Umrah” kepada Sapuan Salleh Yang Telah 28 Tahun Kerja lsi Minyak (VIDEO) – Sumber Maklumat Media

Published

on

Staff Paling Legend Di Petronas Pendang, Majikan Beri Hadiah Long Servis Reward “Pakej Umrah” kepada Sapuan Salleh Yang Telah 28 Tahun Kerja lsi Minyak (VIDEO)

Naik jatuh sesebuah syarikat bergantung kepada pihak pengurusan dan pekerja. Sebenarnya pekerja adalah ‘aset’ yang paling berharga bagi memastikan pengurusan di dalam sesebuah organisasi berjalan dengan lancar.

Sebenarnya ada sahaja pekerja yang sangat ‘setia’, tak pernah mengeluh dan bosan sehingga bertahun-tahun dalam melakukan kerja yang sama setiap hari selama 28 tahun.

Ya, seperti kisah seorang pekerja di sebuah stesen minyak Petronas Pendang, Kedah, Sapuan Salleh yang kini berusia 59 tahun dikatakan telah berbakti selama 28 tahun di stesen minyak tersebut.

Hasil daripada itu, pemilik stesen minyak tersebut, Siti Nur dengan berbesar hati memberikan pekerja tersebut pengalaman yang tidak pernah dilupakan bahkan ramai yang mengejar untuk pergi ke sana.


Staff paling Legend di Petronas Pendang. Long Servis Reward “Pakej Umrah” kepada beliau

Pekerja ini dapat merasai peluang berkunjung ke rumah Allah di Makkah untuk melakukan ibadah. Gembira bercampur sebak kerana dia memiliki majikan yang sangat prihatin dengan pekerjanya yang telah lama berkhidmat ditempatnya.

Menjengah diruangan komen, rata-rata warganet teruja dengan ‘reward’ yang Sapuan ini dapat bahkan ada yang berkongsi pengalaman di mana sentiasa menerima layanan daripada pekerja ini sejak mereka muda lagi.

VIDEO TIKTOK KLIK DI SINI
@RafismaRNR:istiqamah dia dengan kerja.. berkatnya disitu, saya mai dok pendang taun 1992, dia dok kt pam tu, sampai la dok pam tu la.. Allah…

@Basirohkz:MasyaaAllah saya kenal sangat akak ni..🥰Selalu tlg isikan minyak kalau kat Pam hujung sekali. Tahniah kak. Beruntung sgt dpt ke makkah.

Sumber : siakapkeli

Ikuti kami di Sumber Maklumat Media

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!