Uncategorized
Anak cari bapa lebih seminggu tidak pulang – Sumber Maklumat Media

Anak cari bapa lebih seminggu tidak pulang
Noorsam Mairan (kiri) dan adiknya, Norlaini menunjukkan gambar bapa mereka, Mairan Basir yang tidak pulang selepas keluar rumah pada 23 Julai lalu di Kampung Rancangan Pinggir, Kilometer 24, Jalan Bidor, Kampung Air Hitam di Teluk Intan.
TELUK INTAN: Seorang lelaki warga emas dari Kampung Rancangan Pinggir, Kilometer 24, Jalan Bidor, Kampung Air Hitam di sini tidak pulang selepas keluar ke kedai pada 23 Julai lalu.
Mairan Basir, 66, kali terakhir dilihat penduduk berada di sebuah kedai kopi tidak jauh dari rumahnya pada pukul 4 petang pada hari yang sama.
Sebelum ini, bapanya tidak pernah hilang atau tidak pulang walaupun mengalami masalah kesihatan.
Menurut Utusan Malaysia, anak sulung lelaki itu, Noorsam Mairan, 42, berkata, dia semakin bimbang kerana lebih seminggu bapanya tidak pulang.
“Biasanya walaupun bapa keluar rumah untuk minum di kedai, dia tetap pulang. Bapa mengalami masalah tidak boleh bertutur dengan betul sejak lebih setahun dan juga cepat lupa,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Menurutnya, selepas bapanya dilaporkan hilang, orang kampung turut membantu mencari dengan pelbagai cara termasuk hebahan dalam media sosial dan juga di kawasan kebun sawit.
Dia juga telah menghubungi saudara-maranya untuk bertanyakan jika bapanya ada bersama mereka namun sehingga kini masih gagal ditemukan.
“Ada penduduk kampung memberitahu mereka ada melihat bapa di kedai kopi yang tidak jauh dari rumah dan ketika itu bapa membawa topi keledar yang diletakkan dalam bakul motosikal,” katanya.
Noorsam berkata, laporan polis sudah dibuat pada 24 Julai lalu iaitu 24 jam selepas bapanya tidak pulang.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menemukan bapanya diminta menghubunginya di nombor telefon 011-33507158.
Ikuti kami di Sumber Maklumat Media
-
Motivasi1 year ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH11 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa1 year ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi1 year ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH10 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa1 year ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa1 year ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis