Uncategorized
Kuman sudah merebak! Ainul Mardhiah tenat di PICU, keluarga mohon doa rakyat Malaysia – Sumber Maklumat Media

Kuman sudah merebak! Ainul Mardhiah tenat di PICU, keluarga mohon doa rakyat Malaysia
Keadaan Ainul Mardhiah di masa ini.
NAMA si cilik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin sekali lagi menjadi perhatian rakyat Malaysia apabila dia tiba-tiba dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Unit Jagaan Rapi Kanak-kanak (PICU).
Ekoran itu, bapanya memohon doa daripada orang ramai agar Ainul dapat kembali pulih seperti sedia kala.
Pada mulanya, anak kecil berusia empat tahun itu mengalami muntah dan cirit birit dalam masa sehari.
Dia kemudian semakin tidak bermaya pada hari kedua sehingga terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan hospital.
Menurut ibunya, Nurul Erwani Zaidi, Ainul disahkan terkena jangkitan kuman yang sudah merebak ke seluruh anggota badan.
“Sebab nampak lain sangat keadaan Ainul kali ni. Terus bawa ke kecemasan. Doktor buat prosedur dan beritahu rupanya Ainul dah terlalu tenat sebab infection dah ada dekat semua tempat.
“Mama rasa gagal sebab tak beri perhatian pada Ainul,” luahnya di laman Instagram.
Dalam pada itu, dia turut menyatakan bahawa Ainul hanya berada di rumah sahaja.
Justeru tidak menyangka anak sulungnya akan turut dijangkiti.
Malah Nurul Erwani meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati kerana kuman berada di mana sahaja.
Sebelum ini Ainul Mardhiah pernah mendapat perhatian negara kerana menghidap ketumbuhan di dalam mulut dan selamat menjalani pembedahan di London, United Kingdom yang dijalankan sendiri oleh Dr Amalina Che Bakri.
Dapatkan info dengan mudah dan pantas di Sumber Maklumat Media
-
Motivasi1 year ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH11 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa1 year ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi1 year ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH10 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa1 year ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa1 year ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis