Uncategorized
“Jaga Solat…” -Laoshi, Ibu Angkat Berbangsa Cina Titip Pesan Buat Ramai Netizen Seb4k. – Sumber Maklumat Media

“Jaga Solat…” -Laoshi, Ibu Angkat Berbangsa Cina Titip Pesan Buat Ramai Netizen Seb4k. Rohana Abdullah berat hati untuk berpisah dengan ibu angkat yang menjaganya sejak berusia dua bulan selepas ditinggalkan ibu kandungnya, Meskipun dia gembira bergelar mahasiswa universiti awam
Rohana, 22, yang dijaga seorang bekas guru berbangsa Cina, Chee Hoi Lan, 84, berkata, di sudut hatinya tetap ada kerisauan kerana selama ini mereka banyak menghabiskan masa bersama selain ibu angkat semakin tua.
Menurutnya, sebelum mendaftarkan diri sebagai pelajar Diploma Sains Komputer Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). ibu angkat yang mesra dipanggil Laoshi sempat menitipkan beberapa nasihat kepadanya.
Katanya, Laoshi juga berpesan agar dia sentiasa berkelakuan baik, menjaga solat dan berakhlak murni.
“Laoshi pesan jangan lupa pada keluarga, selalu telefon dia dan belajar rajin-rajin dan jangan sia-siakan peluang yang telah diberikan untuk sambung belajar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mendaftarkan diri di Kompleks Dewan Kuliah UTeM di Durian Tunggal di sini, pada Isnin.
Tambahnya, dia akan cuba untuk menyesuaikan diri dalam suasana baharu dikelilingi rakan-rakan pengajian. ini pertama kali dia berpisah dengan ibu angkatnya itu dalam tempoh yang lama.
Rohana bersama ibu angkatnya menunjukkan kad pelajar selepas mendaftarkan diri sebagai pelajar di UTeM, Durian Tunggal di sini pada Isnin.
“Sebelum ini kami pernah berpisah paling lama seminggu dua sahaja. Ketika itu saya mengikuti aktiviti sekolah.
“Untuk jangka masa lama, dan jarak UTeM pula jauh dari Kuala Lumpur, memang agak berat (berpisah) lagipun Laoshi dah tua, tak ada sapa yang menjaganya,” katanya.
Rohana yang ayu berbaju kurung berharap dapat mencapai cita-citanya dalam bidang yang digemari sekali gus membalas semula jasa serta pengorbanan ibu angkatnya.
Media sebelum ini pernah melaporkan kisah gadis yang tular di media sosial kerana ditinggalkan ibu tanpa kerakyatan ketika masih bayi.
Kisah hidupnya itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
LIHAT REAKSI NATIZEN
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Resepi MAMA
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sumber Maklumat Media
-
Motivasi2 years ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH12 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa2 years ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi2 years ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH12 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa2 years ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa2 years ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis