Uncategorized
[Terkini] Adik Hamzah pergi jua,” Dia kritikal lemas di Kolam ketika bercuti bersama keluarga ” – Sumber Maklumat Media

[Terkini] Adik Hamzah pergi jua,” Dia kritikal lemas di Kolam ketika bercuti bersama keluarga ”
Bayan Lepas : Bye, abang begitulah ucapan selamat tinggal Ahmad Aliff Ahmad Khairul Nizam, 2, kepada abangnya, Ahmad Hamzah, 4, yang men1nggal dunia akibat lem4s ketika jena4ah selesai dikafankan.
Ahmad Hamzah dijumpai tenggelam dalam kolam renang ketika bersama lapan sekeluarga menghadiri aktiviti perjumpaan ahli keluarga di sebuah inap desa di Kuala Kangsar di Perak semalam, Bagaimanapun, m4ngsa disahkan men1nggal dunia awal pagi hari ini.
Bapa kanak-kanak malang itu, Ahmad Khairul Nizam Ahamad Fami, 32, berkata, mereka tiba dari Pulau Pinang pada 6 petang, sebelum dikejutkan dengan kehilangan Ahmad Hamzah.
Katanya, tidak lama kemudian dia terdengar jeritan isterinya, Siti Fatimah Abd Rahim, 29, apabila menemukan anak sulungnya sudah tidak sedarkan diri di dasar kolam kanak-kanak.
Saya juga cuba lakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada Ahmad Hamzah namun tidak menunjukkan perkembangan positif.
Berikutan keadaannya itu, kami terus membawa Ahmad Hamzah ke hospital sebelum doktor mengesahkan bahawa dia tidak dapat diselamatkan pada 1.10 pagi tadi.
Kejadian itu berlaku sekelip mata dan dia baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pada 23 Julai lalu, katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Menurut Ahmad Khairul Nizam, anaknya seorang yang tidak gemar dengan aktiviti air namun menunjukkan perasaan teruja apabila mengetahui inap desa berkenaan mempunyai kolam renang serta sudah bersedia membawa pelampung.
Katanya, ketika menaiki kereta dari Pulau Pinang ke inap desa itu juga, Ahmad Hamzah banyak berdiam berbanding kebiasaan dan hanya tidur sepanjang perjalanan.
Beberapa hari lalu, dia bertanya mengenai datuknya yang men1nggal pada Mac akibat angin ahmar dan saya beritahu bahawa datuknya ada di kubur.
Dia cakap ‘hendak ikut datuk’ tetapi saya sangka ia hanya pertanyaan biasa seperti kanak-kanak lain yang baru sahaja kehilangan datuk.
Mungkin itu beri petanda bahawa dia akan meninggalkan kami, malah hari kematian Ahmad Hamzah merupakan tarikh lahir datuknya.
Kem4tian ibu dan anak pada tahun ini adalah kehilangan terbesar dalam hidup saya, katanya yang reda dengan kejadian itu.
Jen4zah Ahmad Hamzah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al- Huda Sungai Ara di sini, kira-kira jam 12 tengah hari. Al fatihah.
Salam takziah buat keluarga atas kehilangan insan tersayang. Alfatihah buat anak syurga. – dipetik dari DB, Mamu Jarum
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook Sumber Maklumat Media
-
Motivasi2 years ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH1 year ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa2 years ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi2 years ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH12 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa2 years ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa2 years ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis