Uncategorized
“Saya Tak Kecil Hati Pada Anak-Anak. Saya Kecil Hati Pada Diri Sendiri,” Luahan Hati Ayah Ada 11 Orang Anak Pakai Mercedes & Bergaji Tinggi Buat Kita Terfikir – Sumber Maklumat Media

“Saya Tak Kecil Hati Pada Anak-Anak. Saya Kecil Hati Pada Diri Sendiri,” Luahan Hati Ayah Ada 11 Orang Anak Pakai Mercedes & Bergaji Tinggi Buat Kita Terfikir
Ayah jarang sekali membiarkan perasaannya didengar oleh orang lain Ayah tidak selalu melepaskan keluhannya dari bibir untuk diambil tahu.Ayah tidak pernah membiarkan kudratnya teralih tujuan untuk berasa penat demi mencari rezeki membesarkan anak-anak. Luahan hati ayah ini untuk kita renungkan di mana kedudukan kita pada hari ini sebagai seorang anak yang berbakti kepada mereka.
Dengarkan luahan hati ayah yang mempunyai 11 orang anak
Luahan hati ayah sungguh berat untuk diluahkan namun dia memejamkan sebelah mata dan hanya berharap kisahnya ini memberikan pengajaran untuk orang lain. Pemilik nama Major (retd) Ahmad Radzi Hashim, 69 tahun adalah seorang bekas juruterbang helikopter dan pengajar penerbangan tentera. Dia pernah berkhidmat dalam Tentera Udara Diraja Malaysia dari 1968 hingga 1990. Kemudian, berkhidmat di institusi latihan penerbangan awam di seluruh Malaysia dan masih mengajar di sekolah penerbangan sehingga kini.
Pangkat, kedudukan dan gaji sememangnya bukanlah perkara yang menjadi masalah kerana dia memiliki segalanya di usia yang muda. Berkahwin dan dikurniakan 11 orang anak menjadikan Major (retd) Ahmad Radzi Hashim bergelar seorang ayah.
Memiliki 11 orang anak, 5 perempuan dan 6 lelaki adalah anugerah dan ujian yang besar bagi kasih sayang seorang ibu bapa. Kesemuanya berjaya memiki ijazah, berpendidikan tinggi, ada rumah, anak isteri, suami, kereta mewah Mercedes dan BMW.
Namun, 6 atau 7 bulan sekali tidak pernah menelifon bertanyakan khabarnya, “Ayah apa khabar?”
Tidak pernah sama sekali bertanyakan khabar atau kesihatan dirinya. Kejayaan setiap seorang anak-anaknya yang dipandang tinggi tidak setanding dengan rasa bakti mereka pada orang tua.
Bahkan pernah suatu hari ketika dia baru sahaja tiba di ibu kota, dia ada menelifon anaknya, “Ayah bawa banyak barang nak, tolong jemput dengan kereta,” pintanya.
Anaknya hanya mengiakan sahaja untuk datang. Saat berganti minit, minit berganti jam, satu jam ke dua jam. Dia yang tersadai di tengah-tengah ibu kota akhirnya mengambil keputusan untuk balik dengan menggunakan bas. Apabila dia sudah sampai di KL Center baru anaknya menelifon semula, “Ayah saya dah sampai di ibu kota,” ucap salah seorang anaknya.
“Tak mengapalah nak, ayah dah sampai,” jawab Major (retd) Ahmad Radzi Hashim ringkas.
Dulu saya pun buat perkara yang sama pada ibu bapa
Namun jiwa seorang ayah, dia tidak menyalahkan pun anak-anaknya dengan apa yang terjadi. Hal ini kerana, dulu dia pernah melakukan perkara yang sama pada ibu bapanya.
“Saya tidak kecil hati pada anak-anak saya. Saya kecil hati kepada diri sendiri kerana apa yang anak-anak saya buat hari ini, saya sendiri pernah buat pada ibu bapa saya dulu,” katanya dengan penuh hiba.
Apa yang dia ingat, dia sendiri tidak pernah mencium tangan bapanya. Tidak pernah! Bahkan mencium tangan seorang ibu pun masih boleh dikira dengan jari berapa kali dia lakukan selama hidup. Memiliki pangkat sebagai pegawai ketika itu, dia boleh menjana pandapatan yang agak lumayan. Namun sesal seribu kali sesal, dia tidak pernah membeli kasut dan baju baru untuk bapanya dengan duit gaji itu. Bukan kerana dia tidak mampu tetapi dia tidak menghargai orang tuanya saat itu.
Menyesal selepas kedua ibu bapa sudah tiada
Rasa sesal yang menghantui diri selama ini masih menebal apatah lagi sekarang kedua orang tuanya sudah tiada di dunia ini. Dengan kesempatan yang berbaki, dia menghabiskan sisa-sisa kehidupan ibu mertuanya untuk berbakti sepenuh hati sehingga ke hujung usia bagi menebus kesalahan yang telah lalu.
Ibu mertuanya sudah uzur, tidak mampu berjalan dan hanya terlantar di atas katil memakai pampers. Terlintas dalam hatinya, “Ya Allah, inilah peluang untuk memperbaiki diriku.”
Atas rasa penyesalan itu, dia mengambil keputusan untuk menjaga ibu mertuanya, memakaikan pampers, membuang najisnya, lalu dicuci. Baginya ini adalah peluang dan kesempatan yang Allah SWT berikan untuk mengantikan apa yang telah dilupakan dulu kepada ibu bapanya.
Luahan hati ayah adalah luahan yang tulus dari hatinya. Seorang ayah tidak mudah mengucapkan rasa kasih dan sayang dari bibir tetapi perbuatannya mengambarkan sebegitu. Seperti mana kita meletakkan ibu yang teratas, begitu jugalah ayah. Tanpa ayah dan ibu, sesungguhnya kita tidak mungkin wujud di dunia ini kerana darah yang mengalir dalam tubuh kita adalah sama dengan darah yang mengalir di tubuh mereka.
Dan ingatlah dosa kepada ibu bapa akan dibalas di dunia lagi sebelum akhirat.
Ini berdasarkan hadis Nabi SAW: Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya mengikut kehendak Nya sehingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah akan menghukumkan kepada pelakunya semasa hidup sebelum kematian lagi.” – (Hadis Riwayat al-Hakim 7263)
Semoga kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah untuk kedua-dua orang tua kita dan dijauhkan dari perbuatan dosa kepada mereka.
Sumber: Hadith Open Mic, Ayatuna Ambassador
Sertai kami di Sumber Maklumat Media untuk mengikuti info2 terkini.
-
Motivasi2 years ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH1 year ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa2 years ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi2 years ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH12 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa2 years ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa2 years ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis