Connect with us

Uncategorized

“Berat ujian dua beradik ni..”- Ebit Lew turun hulur bantuan – Sumber Maklumat Media

Published

on

“Berat ujian dua beradik ni..”- Ebit Lew turun hulur bantuan

Beberapa gambar dua beradik yang dikongsikan pengguna Facebook, Raja Anita Raja Mukhtar di akaun Facebooknya semalam telah mendapat perhatian warganet.

Dua pemuda duduk bawah jambatan
Dalam muat naik tersebut, dilihat dua orang pemuda berusia 27 dan 25 tahun memilih untuk hidup berdikari di bawah jambatan apabila bapanya bernikah lain setelah pemergian ibu tersayang.

Mereka telah tinggal di bawah jambatan tersebut sejak beberapa bulan lalu disamping terus bekerja untuk mencari sesuap nasi. Apabila ditanya sama ada mahu tinggal di tempat yang lebih selesa, si adik menjawab yang mereka berdua sudah cukup bersyukur andai diberi tempat berteduh walaupun kecil sahaja.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai termasuklah pendakwah bebas, Ebit Lew apabila segera bergegas ke Bachok, Kelantan kerana terkesan dengan nasib dua beradik berkenaan.

Ebit Lew datang hulur bantuan
Susulan daripada itu, Ebit telah bertemu dengan mereka setelah bertanya tentang keadaan dua beradik itu daripada Raja Anita pada jam 12 tengah malam.

Difahamkan, si adik menjaga abangnya yang mengalami tekanan dan gangguan emosi dan mengatakan dirinya tidak sabar untuk bekerja namun terpaksa membantutkan hasrat tersebut.

Ebit Lew bantu si abang dapatkan rawatan
Ebit berkata, si abang akan di bawah untuk mendapatkan rawatan dan pihaknya telah berbincang bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta badan bukan kerajaan (NGO) tempatan mengenai masalah yang dialami oleh dua beradik ini.

“Tadi bersama JKM dan NGO tempatan. Berat ujian adik ni. Kadang kita tak terfikir kenapa tidur bawah jambatan. Banyak nyamuk dan ular katanya. Adik ni tak sabar nak bekerja cuma mengenangkan abangnya. Abang ni dibawa dibawa dapatkan rawatan.”

Pendakwah bebas itu turut mendoakan agar mereka berdua diberi kesihatan dan kekuatan dalam meneruskan kehidupan dan melalui ujian ini dengar sabar.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi memberikan bantuan kepada dua beradik ini.

Malah, tidak dilupakan buat individu yang menularkan hal berkenaan sehingga pendakwah bebas itu hadir memberikan bantuan. Semoga kita semua diberi kesempatan untuk melakukan kebaikan kepada orang lain.

Sumber: Facebook Ebit Lew, Raja Anita Raja Mukhtar

Sertai kami di Sumber Maklumat Media

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!