Uncategorized
Genap 40 hari berjuang di NlCU, lbu terkilan anak pergi selamanya angkara sikap cuai segelintir misi – Sumber Maklumat Media

Genap 40 hari berjuang di NICU, ibu terkilan anak ‘pergi’ angkara sikap cuai segelintir misi
Seorang ibu meluahkan rasa penyesalan apabila anaknya yang masih bayi yang merupakan anak sulung mereka menerima layanan daripada segelintir jururawat yang tidak bertanggungjawab semasa menjalankan tugas di Neonatal Intensive Care Unit (NICU).
Menerusi perkongsian oleh wanita dikenali Nurul Iqa, bayi lelakinya bernama Putera Muhammad Fayyaz terpaks dimasukkan ke dalam wad NICU susulan degupan jantung yang lemah.
Tidak cukup dengan itu, adik Fayyaz difahamkan kritikal kerana paru-parunya sudah melekat dengan najis sehingga menyebabkan anaknya tidak dapat bernafas sendiri.
Nurul Iqa berkata, anaknya diberi bantuan pernafasan oksigen pada kadar maksimum selain dimasukkan lapan jenis ubat sebelum didiagnos menghidap jangkitan kuman dalam kahak pada dua minggu kemudiannya.
Apa yang lebih meruntunkan hati seorang ibu muda ini adalah jururawat bertugas ‘sedap’ tidur di meja belakang, sedangkan anaknya menangis teresak-esak tanpa suara dari pukul 2 pagi sampai pukul 3 lebih sehinggakan paras oksigen menurun bawah 80 lebih.
Ekoran mesin oksigen itu berbunyi, jururawat bertugas yang lain datang dan memarahi dirinya kerana menganggu anak kecil itu berehat walhal wanita itu hanya mampu berzikir untuk menenangkan anaknya.
“Tiba-tiba nurse yang duduk dengan nurse yang jaga adik datang marah ibu dan cakap; Ibu, jangan kacau dia sangat. Bagi dia rehat! Kemudian, ibu cakap pada nurse, anak saya sakit dan mulut dia banyak air liur yang keluar. Nurse itu boleh cakap nanti kami sedut air liur dan kahak dia. Ibu jangan kacau, baby!”luahnya.
Terang Nurul Iqa, punca anaknya menangis adalah berpunca daripada kecuaian jururawat bertugas memasukkan ubat ke bahagian paha yang salah.
“Nurse pagi beritahu anak saya sebenarnya sakit di tempat yang mereka letak di paha dan ubat dimasukkan di bahagian yang sudah lama sakit. Dan apabila mereka tukar, barulah anak Tiqa dapat tidur.”tulisnya.
Sejak dari kejadian itu, kesihatan anaknya semakin merosot sebelum menghembuskan nafas terakhir dalam pelukannya setelah genap 40 hari bertarung nyawa di NICU. Walaupun reda dengan pemergian anaknya, wanita itu masih terkilan dengan layanan cuai oleh segelintir jururawat bertugas sepanjang memantau keadaan bayi lelakinya di NICU.
Sumber: Facebook Nurul Iqa
Sertai kami di Sumber Maklumat Media untuk maklumat-maklumat terikini.
-
Motivasi1 year ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH11 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa1 year ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi1 year ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH10 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa1 year ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa1 year ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis