Connect with us

Uncategorized

“Telefon Meletup Atas Dada” Kanak-Kanak 9 Tahun Meninggal Dunia Ketika Tidur – Sumber Maklumat Media

Published

on

“Telefon Meletup Atas Dada” Kanak-Kanak 9 Tahun Meninggal Dunia Ketika Tidur

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun dilaporkan maut di rumahnya di Kabupaten Ciamis, Jawa Barat pada Rabu. Mangsa dipercayai maut berpunca dari letupan telefon bimbit milik ibunya.

Menurut Ketua Kampung, Dedi, kejadian berlaku sebaik sahaja mangsa pulang dari sekolah sekitar jam 2 petang, lapor Kompas. Ketika itu, ibu mangsa mengajaknya makan sebelum dia keluar rumah untuk membeli makanan untuk mangsa.

Dia mendakwa, mangsa terus bermain dengan telefon bimbit yang masih bersambung dengan pengecas sebaik sahaja ibunya keluar. Ketika pulang dari membeli makanan, ibu mangsa mendapati mangsa sudah tidak bernyawa dan berada dalam posisi terbaring.

Menurutnya lagi, mangsa dipercayai tertidur semasa bermain telefon itu melihat dari posisi telefon yang masih berada pada dada mangsa. Telefon bimbit itu dipercayai ‘meletup’ melihat daripada luka terbakar pada dada mangsa.

Sementara itu, menurut ibu mangsa, pengecas telefon bimbit tersebut masih berada dalam keadaan elok dan disambungkan pada plug, namun tidak ada kesan terbakar pada kedua-dua bahagian plug dan kabel.

Kredit: Compas

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!