Connect with us

Uncategorized

Tular video lelaki suap vape ke mulut bayi, netizen geram hambur makian – Sumber Maklumat Media

Published

on

Tular video lelaki suap vape ke mulut bayi, netizen geram hambur makian

sebagai ibu bapa atau orang yang lebih dewasa, kita seharusnya lebih peka dan elakkan mereka dari terdedah di kawasan atau persekitaran yang tidak sihat kerana anak kecil sememangnya sangat sensitif dari segi kesihatan mereka.

Namun, jika ibu bapa sendiri yang mendedahkan anak kecil terutamanya bayi dalam lingkungan sebegitu, mereka seharusnya belajar lagi untuk menjadi orang tua kerana bimbang anak-anak membesar dalam persekitaran negatif.

Apa punya jenis orang macam ni
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna Twitter apabila berkongsi rakaman semula Insta Story menunjukkan seorang lelaki menyuapkan vape ke mulut seorang bayi.

Yang rakam pun bukan main support
Video tersebut juga dirakam oleh seorang wanita yang mungkin ahli keluarga kepada bayi tersebut memandangkan dia memanggil lelaki terbabit sebagai ‘abi’.

Tindakan kurang bijak pasangan berkenaan telah mengundang rasa marah pengguna media sosial terutamanya Twitter apabila menyelar perbuatan bodoh terbabit.

Kesian baby jumpa orang yang tak bijak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah meluahkan rasa marah dengan sikap tidak peka pasangan tersebut.

Walaupun tahu bayi berkenaan adalah ahli keluarga mereka, namun tugas orang dewasa adalah melindungi anak-anak daripada terdedah dengan sebarang penyakit bukannya sengaja ‘mencari’ penyakit melalui tindakan-tindakan kurang cerdik seperti itu.

Jauhkanlah dari dapat pasangan yang bodoh macam ni


Dia ingat lawak la kot macam ni

Kalau nak bergurau tu guna la akal


Jenis pandai buat anak je la ni


Kalau nak mati, matilah sorang2


Dah lapor ke JKM
Difahamkan, pengguna Twitter dikenali sebagai @fanaizty telah melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa supaya perkara ini disiasat dan mereka dikenakan tindakan undang-undang berikutan perbuatan kurang bertanggungjawab tersebut.

Sumber: Twitter @fanaizty

Tak nak terlepas maklumat-maklumat terkini ? ikuti kami di Sumber Maklumat Media

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!