Uncategorized
‘Terperosok bawah kereta’ – Lelaki meninggal dunia dirempuh kereta ketika potong rumput tepi jalan – Sumber Maklumat Media

‘Terperosok bawah kereta’ – Lelaki meninggal dunia dirempuh kereta ketika potong rumput tepi jalan
KULIM – Seorang pekerja syarikat pembersihan maut akibat dirempuh sebuah kereta ketika sedang memotong rumput di tepi jalan Taman Selasih di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.14 tengah hari itu, mangsa berusia 68 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.
Lelaki maut dirempuh kereta ketika potong rumput
Lebih menyayat hati, mangsa sejurus dirempuh Proton Iswara dipandu warga emas berusia 77 tahun itu, dikatakan terperosok di bawah kenderaan dalam keadaan tangannya masih memegang mesin rumput yang digunakan.
Ketua Polis Kulim Mohd Redzuan Salleh, berkata siasatan awal mendapati kereta dipandu warga emas itu hilang kawalan sebelum melanggar mangsa yang ketika itu sedang memotong rumput di bahagian kiri jalan.
“Pemeriksaan mendapati pemandu Proton Iswara terbabit ketika kejadian dalam perjalanan untuk pulang ke rumah di kawasan berhampiran.
“Pegawai perubatan kemudian mengesahkan mangsa yang mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan telah meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.
Tambahnya, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
“Takziah kepada keluarga mangsa. Inilah yang paling dirisaukan.Kerja mereka berisiko tinggi sebab kerja tepi jalan raya.” – Adli
“إنا لله وإنا إليه راجعون
Ajal sudsh tiba..tetapi syarikat tidak ikut SoP…papan tanda tiada, kon keselamatan. Kesian pekerja. Patotnya benda² cmni PBT kena alert.” – Irfan
“Patut sop kerja tepi highway lebih diperketat lg.. Al fatihah” – Wakiy
“Tepi jalan pon boleh rempuh..apa laa driver buat masa memandu??” – Jafni
“umur 77 tahun masih bawa kereta…mata nampak lagi ke? yg potong rumput 68 tahun..” – Rizak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber kosmo
Sertai kami di Sumber Maklumat Media untuk mengetahui info-info yang terkini.
-
Motivasi1 year ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH11 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa1 year ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi1 year ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH10 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa1 year ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa1 year ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis