Uncategorized
Lelaki didakwa membunuh selepas pengawal keselamatan yang diserang meninggal dunia – Sumber Maklumat Media

Lelaki didakwa membunuh selepas pengawal keselamatan yang diserang meninggal dunia
SUNGAI PETANI: Lelaki yg mngaku bersalah di Mahkamah Sesyen semalam atas tduhan menyebabkan mendatangkn k3cederaan kepada pengawal keselamatan, dihadapkan ke mahkamah sekali lagi hari ini, atas tuduhan membunuh mangsa.
Tertuduh, R Subramaniam, 41, dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini mengikut Seksyen 302 Kanun Kes3ksaan (KK) yg membawa hukUman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan itu susulan tindakan polis mengklasifikasikan semula kes menc3derakan mangsa, Ismail Ahmad, 58, yang berlaku di sebuah tapak projek perumahan sebagai kes bunuh.
Ini berikutan mangsa yang menerima rawatan sejak Khamis lalu di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) meninggal dunia kira-kira jam 6 petang semalam.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan dan tertuduh hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nor Fazlina Musa.
Mengikut pertuduhan, Subramaniam yang tiada pekerjaan tetap didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian terhadap Ismail di kawasan pos pengawal Tapak Projek Perumahan Siera 4, Bukit Bayan di sini pada 4.40 petang 4 April lalu.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Arthini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan 5 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula sementara menunggu laporan bedah siasat dan kimia.
Semalam, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan mengaku bersalah kerana mendatangkan kecederaan kepada mangsa di Mahkamah Sesyen.
Pengakuan itu dibuat tertutuh di hadapan Hakim Roslan Hamid yang kemudian menetapkan 29 Ogos depan sebagai tarikh jatuh hukum sementara menunggu laporan perubatan mangsa.
Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin selain mengenakan syarat tambahan dengan meminta tertuduh melapor diri setiap awal bulan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda sehingga kesnya selesai.
Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia dan polis merujuk semula kes berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya yang mengarahkan kes dituduh semula mengikut Seksyen 302KK.
Sumber:Berita Harian Online
Ikuti page kami https://www.facebook.com/sumbermaklumatmedia untuk info terkini
-
Motivasi1 year ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH11 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa1 year ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi1 year ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH10 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa1 year ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa1 year ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis