Uncategorized
Ulama tersohor Pulau Pinang, Syeikh Abdullah Bukhari meningg4l dunia – Sumber Maklumat Media

Ulama tersohor Pulau Pinang, Syeikh Abdullah Bukhari meningg4l dunia
GEORGETOWN – Ulama tersohor dan tertua di Pulau Pinang, Datuk Syeikh Maulana Abdullah Abdul Rahman Al Bukhari Al Masyuri meningg4l duni4 h4ri ini pada usianya 88 tahun.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 11 pagi tadi di kediamannya di Jalan Brani di sini.
Berita pemergian agamawan itu dikongsi di laman sosial Facebook hari ini.
Allahyarham merupakan bekas imam di Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang semenjak tahun 1972 sehingga 31 Disember 2018.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Makam Noordin, di Masjid Kapitan Keling di sini, selepas solat Asar hari ini.
Kematian Allahyarham mendapat perhatian dan ucapan takziah daripada pelbagai pihak yang menyifatkan pemergiannya sebagai khabar duka dari bumi Pulau Mutiara itu.
Turut berkongsi kesedihan dengan berita pemergian ulama itu ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyudin Abdul Rahman.
“Al-Fatihah. Saya menerima khabar duka hari ini, berita akan pemergian Datuk Sheikh Abdullah Bukhari Al-Hafiz, tokoh yang banyak berjasa dalam perkembangan umat Islam rantau ini.
“Semoga Allah SWT merahmatinya, menerima segala amalannya dan ditempatkan rohnya di kalangan para solihin,” kata Ahmad Zakiyudin dalam hantaran di laman Facebook.
‘Selain itu, berita pemergian Allahyarham turut dikongsi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zulkifli Mohamad Al Bakri.
Menerusi hantaran Facebook, Zulkifli menyifatkan Allahyarham adalah antara ulama tua Pulau Pinang yang boleh dianggap sebagai mutiara berharga bagi negerinya.
“Kali terakhir saya menziarahinya dan menyampaikan sumbangan penghargaan kepada beliau adalah pada 9 Ogos 2020 semasa saya masih menjawat jawatan sebagai menteri.
“Beliau berkhidmat tanpa jemu sebagai Guru Takmir bermula pada tahun 1985 sehingga tahun 2019,” tulis Zulkifli.
Allahyarham Abdullah Abdul Rahman yang dilahirkan pada 29 Jun 1933 di Jalan Brani, Pulau Pinang lebih dikenali dengan panggilan Syeikh Abdullah Bukhari kerana menjadi rujukan dalam hadis al-Bukhari.
Beliau memulakan pendidikan awalnya di Madrasah al-Mashoor al-Islami dengan kelulusan 4 Thanawi dan pengkhususan Qismun Takhasasin dan Qismun Muallimun pada tahun 1952.
Allahyarham memperoleh kelulusan Tahfizul Qurani dari Jamia Misbahul Hudha, Nidur, India pada tahun 1953 selain memperoleh kelulusan Kelas Alim Maurlaui, Nidur, India pada tahun 1958.
Sepanjang hayatnya, Syeikh Abdullah Bukhari pernah mengajar ilmu Fiqh, Usul Fiqh, Mantiq, Tafsir dan Hadits di Madrasah al-Mashoor, Pulau Pinang pada tahun 1958 sehingga 1979.
Beliau juga sangat aktif dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat Islam di Pulau Pinang khususnya dan kebolehan memberi ceramah dalam beberapa bahasa seperti bahasa Melayu, bahasa Tamil dan bahasa Arab.
Allahyarham juga pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah pada tahun 1960.
Anugerah yang diterima itu sebagai mengiktiraf sumbangan besar Allahyarham dalam perkembangan syiar Islam di negeri Pulau Pinang
sumber: Netizen Kini
Sudah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Kongsi Halaman https://www.facebook.com/sumbermaklumatmedia
-
Motivasi2 years ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH1 year ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa2 years ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi2 years ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH12 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa2 years ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa2 years ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis