Connect with us

Uncategorized

“Dah Sedia Ke Tanggung Dosa Penonton?” – PU Syed Tegur Aliff Syukri – Sumber Maklumat Media

Published

on

“Dah Sedia Ke Tanggung Dosa Penonton?” – PU Syed Tegur Aliff Syukri

Semalam, us4hawan sens4si, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi dik3cam ap4bila memvat n4ik p4paran muzik video lagu dangdutnya men4ri ghairah bers4ma Baby Shima.

Vide0 itu tvrut mend4pat perhatian Pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri yang mmberikan teguran kepada Aliff spya membatalkan hasrat melancar muzik video tersebut.

“Sekali lagi Aliff Syukri buat kontroversi dengan merakamkan album atau lagu dangdut terbaharu. Saya tak pasti sama ada sedar atau tak perbuatan merakamkan lagu dangdut kalau berunsur keagamaan atau bagi nasihat tak jadi masalah.

“Tapi jemput artis yang goyang gerudi dan macam-macam. Saya tak kenal siapa artis tersebut. Cuma saya harap pihak Alif Syukri tidak menerbitkan lagu ini dan tidak didedahkan kepada masyarakat. Ini bukan sesuatu yang sihat,” katanya.

PU Syed turut mengingatkan Aliff supaya memikirkan perasaan isteri dan anak-anak melihat aksi tidak sepatutnya itu yang dipertontonkan di khalayak ramai.

“Bayangkan anak kamu melihat wahai Aliff Syukri, isteri kamu yang menutup aurat itu melihat, anak perempuan kamu, anak lelaki kamu dan ibu kamu melihat perbuatan kamu sekarang. Apa yang kamu mahu dedahkan kepada masyarakat.

“Cukup kenyangkah kamu dengan kecaman orang? Sering kali kamu keluarkan kontroversi sampai terpaksa orang lain pula bagi nasihat,” katanya.

Dalam pada itu, PU Syed berharap agar Aliff berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan perkara dilarang agama serta bertanyakan adakah dia sudah bersedia menanggung dosa orang ramai.

“Kamu ada nama dan pangkat, tolonglah berfikir sebelum melakukan perbuatan mungkar. Fikir halal haram, fikir pahala dan dosa dan fikir mati kita.

“Saat kematian kita bagaimana. Adakah kamu bersedia untuk menanggung segala dosa penonton yang menonton video dangdut mengarut kamu ini?

“Fikirkan bersama wahai Aliff Syukri. Datuk Seri minta maaf saya tak sebut pangkat. Yang penting nama kamu Aliff Syukri, yang penting kamu takut kepada Allah SWT lebih daripada kamu takut kehilangan harta sendiri,” katanya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: Rotikaya

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sumber Maklumat Media

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!