Uncategorized
20 Tahun S0lat Berjemaah Di Masjid “Allah Lebih Sayangkan Beliau, Hingga Dijemput Ketika Membaca Al-Quran” – Sumber Maklumat Media

20 Tahun S0lat Berjemaah Di Masjid “Allah Lebih Sayangkan Beliau, Hingga Dijemput Ketika Membaca Al-Quran”
Se0rang tuk4ng kebvn yang meningg4l dvnia s3lepas memb4ca al-Quran di ru4ng s0lat Masjid Nurul Hasanah di Bukit Kecil Simpor, Tikam Batu di sini kelm4rin mervpakan jemaah tetap masjid itu sejak lebih 20 tahun lalu.
Kematian Allahyarham Abdul Wahab Mat Noh, 54, dis4hkan pasvkan perubat4n selep4s lelaki itu ditemvi berb4ring dan tidak sed4rkan dirI oleh petvgas masjid pada pukul 7 pagi.
Isteri arwah, Noorhayati Mat Saad, 49, berkata, sep4njang perk4hwinan, suaminya tidak pern4h meninggalkan solat berjemaah di masjid tersebut yg terletak kira-kira 1.5 kilometer dari rumah mereka kecvali arwah demam atau menghadiri kuliah agama di luar daerah.
Katanya, setiap kali selepas selesai solat berjemaah, bapa kepada tiga anak itu akan membaca al-Quran di masjid berkenaan.
“Arwah menunaikan solat lima waktu di masjid dan itvlah rutin hariannya selama ini.
“Sekiranya berada di rumah, suami saya menunaikan solat sunat duha atau tahajud, selain membaca al-Quran atau menonton ceramah agama di televisyen atau media sosial,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kampung Bukit Kecil Simpor di sini semalam.
Noorhayati memberitahu, arwah suaminya tidak mempunyai hobi seperti orang lain, sebaliknya suka menziarahi kenalan jika mengetahui mereka sakit.
Tambahnya, arwah suaminya yang merupakan tukang kebun Sekolah Kebangsaan Darulaman itu sanggup berulang-alik ke Pondok Tuan Guru Haji Salleh Musa di Sik dekat sini pada setiap Jumaat untuk mengikuti kuliah dan kelas agama di sana.
“Arwah merupakan seorang suami yang baik dan kerap berpesan supaya jangan meninggalkan solat, selalu membaca al-Quran dan mendalami ajaran agama selagi masih hidup.
“Sememangnya kami sekeluarga terasa kehilangan seorang pembimbing. Dia bukan sahaja suami yang baik, malah ayah yang bertanggungjawab kepada tiga anak kami,” kata suri rumah itu.
Pasangan tersebut mempunyai dua anak lelaki berusia 18 dan 20 tahun serta anak perempuan berusia 14 tahun.
Jenazah Abdul Wahab dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk dibedah siasat dan bedah siasat mendapati, kematian lelaki itu akibat saluran pernafasannya tersekat.
Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Kecil di sini selepas solat Isyak malam kelmarin.
Sumber: mymediamaya via https://mysumbermaya.com/
Sudah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Kongsi Halaman @sumbermaklumatmedia
-
Motivasi1 year ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH11 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa1 year ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi1 year ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH10 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa1 year ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa1 year ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis