Connect with us

Uncategorized

Khabar duka, Muzzakir meninggal dunia dihempap sisa runtuhan. Salam takziah buat keluarga – Sumber Maklumat Media

Published

on

Khabar duka, Muzzakir meninggal dunia dihempap sisa runtuhan. Salam takziah buat keluarga

Port Dickson: Buruh maut selepas bangunan dalam pembinaan runtuh di Sungai Sendayan, Bandar Springhill di sini, petang tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Penguasa Bomba II Mohamad Rosman Md Nor berkata, mangsa, Muzakkir Bakri, 53, pemegang kad pemastautin tetap disahkan meninggal dunia di lokasi.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 3.54 petang dan bergegas ke lokasi yang terletak 16 kilometer (km) dari balai.

“Kami berjaya mengeluarkan mangsa daripada sisa runtuhan dan petugas kesihatan yang berada di lokasi mengesahkan dia meninggal dunia kerana parah di kepala dan beberapa anggota badan.

“Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

“Innalillahiwainailahirojiun
Semoga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman dan didlm pengampunan Allah” – Zaleha

Sumber:HIBURAN.MYRNWS

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!