Uncategorized
Remaja yg hilang di Kulai dijumpai di Kelantan dipercayai dirogoI lelaki Rohingya – Sumber Maklumat Media

Remaja yg hilang di Kulai dijumpai di Kelantan dipercayai dirogoI lelaki Rohingya
Johor Bahru: Remaja autistik yang hilang selepas keluar dari rumah keluarga di Bandar Putra, Kulai, sejak Sabtu lalu ditemukan di Tanah Merah, Kelantan, petang kelmarin.
RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI
Bapa tirinya, Mohd Azmi Abdullah, 40, berkata Nur Elyana Adryna Abdul Rahim, 16, ditemukan dengan selamat, namun sedikit kurus dan masih trauma.
Katanya, dimaklumkan oleh orang awam berhubung penemuan anak keduanya sehari sebelum ditemui.
“Alhamdulillah, kakak (Nur Elyana) ditemui di Tanah Merah, Kelantan.Syukur dia dalam keadaan selamat.
“Ada orang beritahu lokasi kakak dan saya terus menghubungi balai polis di sana dan beritahu perkara itu sebelum akhirnya mereka berjaya menemuinya.
“Saya telah dimaklumkan perkara itu oleh pihak polis pada jam 2 petang kelmarin sebelum bergegas ke sana,” katanya ketika dihubungi
Menurut Mohd Azmi, anaknya memberitahu dia tidak diberikan makan secukupnya sepanjang tempoh enam hari dibawa individu tidak dikenali.
“Setibanya di sana, saya lihat keadaan kakak dalam keadaan yang baik, tiada kecederaan namun kelihatan sedikit kurus
“Polis ada memaklumkan individu yang bertindak membawa kakak dari Johor hingga ke Kelantan sudah ditangkap dan siasatan sedang dilakukan. Namun polis tidak memberi sebarang maklumat lanjut,” katanya.
Terdahulu, Nur Elyana keluar sendirian tanpa membawa dokumen pengenalan diri ketika dia terlelap, manakala isterinya keluar bekerja.
Menurut Mohd Azmi, anak kedua dari tiga beradik itu tidak mempunyai kawan kerana sifatnya yang pendiam.
“Dia pernah hilang setahun lalu, tetapi dalam tempoh waktu sekejap sahaja dan pulang semula sebelum waktu malam.
“Apa yang membimbangkan kami adalah pada malam hari dia tidak pulang, saya dapat satu pesanan melalui WhatApp dari nombor yang tidak dikenali menyatakan jangan mencari kakak (Nur Elyana) lagi.
“Saya buat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai berhubung kehilangan Nur Elyana dan pesanan melalui WhatApp yang diterima itu.
“Saya risau kerana kakak keluar tidak membawa apa-apa termasuk telefon bimbit, saya sudah ajar kakak supaya mengingati nombor telefon saya dan ibunya jika berlaku apa-apa kepadanya,”
Katanya yang turut menerima panggilan dari orang tidak dikenali memaklumkan perkara buruk terjadi terhadap anaknya.
Katanya, dia dan isteri turut menghubungi dan mencari Nur Elyana di rumah ahli keluarga terdekat bagaimanapun mereka juga tidak tahu di mana gadis itu berada.
Guru mengaji disyaki rogol remaja autisik ditahan
Tanah Merah: Seorang guru mengajar al-Quran berbangsa Rohingya ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan remaja perempuan.
Suspek ditahan petang kelmarin dalam serbuan di Kampung Sat, di sini, selepas menerima laporan berkaitan orang hilang membabitkan remaja autistik yang dilaporkan di Kulai, Johor.
Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, berpandukan kedudukan mangsa yang sempat menghantar lokasinya melalui telefon bimbit kepada ahli keluarganya, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah membuat serbuan pada 2.15 petang.
“Menurut keterangan mangsa, pada 9.30 malam Sabtu lalu, dia dibawa oleh seorang lelaki Rohingya (suspek) yang dikenalinya melalui aplikasi Whatsapp menaiki bas dari Skudai, Johor ke Tanah Merah.
“Mangsa juga memaklumkan sepanjang 14 hingga 18 Ogos lalu, dia dirogol oleh suspek beberapa kali dan sebaik diselamatkan pihak berkuasa pada petang kelmarin, dia dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk pemeriksaan lanjut,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.
Muhamad Zaki berkata, suspek yang berusia 23 tahun dikatakan mengajar al-Quran dan semakan kesahihan sudah dibuat.
Katanya, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam hingga 25 Ogos untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).
Sumber HM
Jangan lupa untuk sertai kami di Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini.
-
Motivasi2 years ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH1 year ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa2 years ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi2 years ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH1 year ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa2 years ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa2 years ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis