Connect with us

Uncategorized

“Anakku Meninggal Sebab Kesusahanku, Dik” Mak Cik Jual Keropok Sara Anak 5 Orang Dapat RM7 Sehari – Sumber Maklumat Media

Published

on

“Anakku Meninggal Sebab Kesusahanku, Dik” Mak Cik Jual Keropok Sara Anak 5 Orang Dapat RM7 Sehari

Peniag4 jalanan adalah insan yang tidak pernah kenal erti penat untuk mencari sesuap nasi demi anak dan keluarga di rumah. Berdiri dari pagi sampai petang, membawa barang-barang jualan di tangan kiri dan kanan, dan berharap ada insan yang berhati mulia sudi membelinya. Mereka bukan p3minta sedekah, tetapi mereka mahu mencari pendapatan atas jalan yang betvl. Kisah mak cik jual keropok sara anak 5 orang ini pastinya akan membuatk4n anda terkejut.

Pagi jual sayur keliling kampung, petang mak cik jual keropok sara anak 5 orang

Perkongsian ini dimuat naik oleh Channel Youtube Vitaminbae, memaparkan kisah mak cik jual keropok sara anak yang masih kecil. Pada mulanya dia hanya menjual keropok dan kerepek di kawasan Airport lama. Kemudian, baru beberapa hari berpindah di jalan masuk airport lama seawal 9 pagi.

Awal pagi diperuntukkan masanya menolak gerobok untuk menjual sayur-sayuran di keliling kampung. Pada ketika itu, dia amanahkan adik iparnya untuk menjaga jualan keropok dan anak-anaknya. Adik iparnya mempunyai Kad OKU dan masalah kesihatan sehingga menyukarkannya untuk bekerja berat seperti orang lain. Apa yang mampu dilakukannya hanya membantu meringankan beban hidup kakak iparnya sekeluarga.

Dengan keropok yang berharga RM2 setiap satu, bayangkan dari pagi sehingga petang yang mampu dia peroleh hanyalah bernilai RM7 sehari. Dengan membesarkan anak 5 orang yang masih kecil dan bersekolah rendah, adakah cukup bagi menampung keluarga mereka?

Suami Mak Cik Hasnah ini merupakan seorang nelayan. Hidupnya semakin susah oleh kerana suaminya tidak mampu lagi membawa rezeki setiap kali pulang dari laut. Teguhnya seorang isteri tidak mahu membebankan suami, kasihnya seorang ibu mahu melihat anak-anak membesar layaknya seperti kanak-kanak lain di usianya.

Payah dan lelah jangan dicakap lagi. Namun bila teringat kisah dulu dia mula bangkit kembali. Demi seorang insan yang bernama anak.

Anak 1 tahun meninggal kerana tiada duit untuk membeli ubat

“Takpe ke kamu ikut mak berpanas pergi jualan?”

“Takpe mak, kami nak tolong mak.”

Siapa sangka kesusahan hidup tidak hanya memberi kesan kepada kehidupanya sehari-hari sahaja untuk makan, minum, dan membeli keperluan. Hakikat, kerana kesusahan hidup ini telah meragut nyawa anak Mak Cik Hasnah yang baru berumur 1 tahun.

“Anakku meninggal kerana kesusahanku,” pecah tangisannya yang selama ini ditahan.

Terkenang kembali episod penuh duka bila mana anaknya meninggal dunia kerana dia tidak mampu untuk membeli ubat apatah lagi membawanya ke hospital.

“Aku mintak tolong orang, tapi tiada orang yang mahu tolong belikan ubat. Meninggal anakku, orang kampung sahaja yang bantu menguruskan,” jelasnya.

Bila anaknya meninggal kisah itu tidak berakhir lagi apabila duit untuk menguruskan pengebumian juga membebankannya. Dari situ dia mula bekerja keras untuk mencari duit dari jualan sayur dan keropok.

Tidak pernah dapat apa-apa bantuan lagi

Keluarga ini susah, keluarga ini perlu dibantu. Namun dia tidak mendapatkan apa-apa bantuan lagi daripada jabatan-jabatan yang bertanggungjawab. Hanya sekadar ada individu yang kasihan melihatnya lalu menghulurkan beberapa keping duit ringgit untuk mengurangkan beban.

Namun Mak Cik Hasnah terus bersyukur kerana masih ada Allah untuk dia mengadu. Setiap hari dia berdoa agar Allah memudahkan jalannya mencari rezeki dan diringankan setiap beban yang menanti.

Diharapkan kisah ini dapat membuka mata orang bahawa masih ramai sebenarnya keluarga susah yang perlu dibantu dan mendapatkan bantuan. Mereka tidak bekerja untuk kaya, tetap mereka bekerja untuk kekal hidup. Biar susah di mata, tetapi impiannya untuk melihat anak-anak mampu membesar dan menjadi orang berguna.

Sumber: Vitaminbae / SemakanPermohonan

Jangan ketinggalan untuk sertai kami di Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!