Connect with us

Uncategorized

Abg g̷aji 5K, mak minta RM200 tapi kene jerk̷ah. Ayah gosok2 belak̷ang mak, mereka kata sesu̷atu. Aku dengar perbu̷alan tu. – Sumber Maklumat Media

Published

on

Abg g̷aji 5K, mak minta RM200 tapi kene jerk̷ah. Ayah gosok2 belak̷ang mak, mereka kata sesu̷atu. Aku dengar perbu̷alan tu.

Foto sekadar hiasan 

Hai nama saya Tim. Nak luahkan rasa perasaan seorang adik perempuan bongsu yang sakit hati bila layanan so-so anak-anak lelaki kepada ayahanda bonda dan adik perempuan mereka sendiri

First kita sebagai anak, syurga kita mak ayah, betul? Ladang pahala untuk kita kumpul bawa di akhirat di kemudian hari selain ibadah-ibadah lain.

Aku ada 3 abang lelaki yang masing-masing dah berkahwin dan kebanyakkan daripada mereka ni yang mengagungkan isteri sendiri sampai buat mak sendiri berkecil hati.

Abang sulung aku pernah herdik mak aku bila mak minta dia sebulan RM200 sahaja untuk mengasuh 2 orang anak dia, “Ah dari bagi duit kat ‘orang’ baik abang bagi duit kat bini abang”. Lepas tu dia blah dengan bini dia keluar makan. Mak aku menangis sambil masak. Masa tu aku budak lagi.

Aku pun join sekali dengan mak aku nangis sebab dia sedap rasa jer label mak aku “orang”, kata-kata yang menghiris kalbu. Yang sekor lagi best, bulan-bulan boleh sumbang RM600 kat keluarga mentua dia.

“Mak mentua abang memang kena hulur kat dia bulan-bulan RM600, kira bayar balik belanja kawen, bini abang sumbang RM400.” Pada aku ko tak payah mention la depan mak benda macam ni, dah la kat mak kau sendiri ko tak menghulur alasan sebab mak kau tak minta.

Jatuh lagi air mata mak aku. Yang ni keluar sendiri daripada mulut dia, abang aku tu. Dalam tak sedar dok bercerita kehebatan bini dia menguruskan urusan keluarga,

Puji bini dia pandai masak (balik umah mak aku auto tak reti masak, keje bibikkan mak aku, dia lepak tengok tibi) kad bank, password internet banking dia sendiri semua bini dia pegang sebab tu dia kata tak boleh sewenangnya nak keluarkan duit bagi mak,

bagi adik belanja duit makan tak boleh nanti bini dia as penasihat marah boleh gaduh laki bini. Bini dia pernah bisik kat aku jangan minta duit top up kat laki dia.

Aku kan ada ayah lagi. Top up pun kalau aku minta kat abang aku dulu sebulan RM30 je la. Kalau celebrate besday anak dia beli kek secret recipe makan dengan keluarga dia tak berkira, time aku berkira plak.

(Itu hak dia laki bini aku faham, tapi yang aku tak faham balik kampung pun berkira nak keluarkan duit untuk beli barang makan dia anak bini, gaji abang aku sebulan RM5k) harta benda dia ie kereta, rumah, semua letak nama bini dia. Sebulan nak hulur kat mak ayah pun kedekut.

Seorang je abang aku yang ambil berat kebajikan mak ayah aku. Sabar, yang ada title isteri-isteri korang jangan kecam aku, sebab dalam cerita ni aku jadi mangsa. So aku sedih. ini luahan hati aku. Aku sedih dengan apa yang berlaku.

Masa bujang anak-anak lelaki ni paling attach dengan mak tapi semua berubah perangai bila dah berkahwin, berubah 360′ . Mak ayah aku bukan jenis mentua yang suka masuk campur hal rumah tangga anak-anak.

Melainkan bila anak menantu datang sendiri minta bantuan, itupun mak ayah aku tak buat keputusan untuk anak menantu tapi lebih kepada assist mereka dan keluarga mereka untuk buat keputusan sendiri.

Tak pernah mak ayah aku bagi arahan kau buat ni, kau buat tu. Tak pernah! Kalau ada perkara yang tak cocok kat mata mak ayah ni, mereka meluahkan rasa antara satu sama lain je. Sebab mak ayah selalu fikir, abang-abang aku dah ada kehidupan masing-masing dengan keluarga mereka.

Biarlah mereka handle sendiri. Tak perlu masuk campur unless perkara tu betul-betul tak boleh nak handle, baru mak ayah nasihat ke arah kebaikan dan fair comment in good faith. Korang nak komen mak ayah lemah pe apa terpulanglah. Mak ayah aku dah buat yang terbaik.

Pada aku kalau anak tu dah degil, takda empati tak leh nak salahkan didikan mak ayah aku. Aku bercerita untuk luahkan apa yang berlaku dalam family aku. Family korang bahagia itu bahagian korang, tapi aku dok cerita ni bahagian aku.

Dia orang ni fake. Pandai update status masa pkp rindu masakan mak, nak balik kampung. Meroyan tak dapat balik sebab ada roadblock update status sana sini. Tapi bila dah takde sekatan, batang hidung pun tak nampak sibuk berjimba sana sini.

Lupa diri. Balik kampung mentua, lalu kampung sendiri pun tak singgah. Macam mana aku tahu? Diaorg la bodo gi update status, balik kampung .

Kalau balik kampung umah mak aku pun check in check out, letak beg pakaian pas tu merayap sana sini. Bukan reti duduk rumah. Mak aku lah terkial-kial meraikan anak menantu.

Aku yang bongsu ni selalu menjadi pendengar setia mak ayah aku. Dia punya concern tapi tak mampu diluahkan dengan kata-kata depan anak-anak yang dah berkeluarga ini atas alasan nanti kalau mak cakap abang-abang kau tak nak balik kampung, nanti mak rindu dengan cucu-cucu mak.

Macam mana?? Kalau korang dengar mak korang yang dah berusia cakap macam ni, apa perasaan korang? Luluh tau hati aku. Kenapa dah terbalik? Kenapa abang-abang aku ni suka sangat jadi tanggang moden. Dah terbalik mak ayah pula yang kena jaga hati anak-anak?? Dah kenapa?

Hati aku memberontak. Tapi mak selalu pesan kat aku, adik jangan cakap dengan abang-abang, mak nak keluarga kita harmoni. Tapi jauh di sudut hati mak, mak aku makan hati. Makan diri.

Nampak wajah dia suram, bila abang-abang ni jarang sangat nak call mak ayah tanya khabar. Kat socmed online jer, komen bertepet sana sini. Nak call mak ayah kat kampung tanya khabar tak sampai 5 min pon payah. Aku yang hadap, aku sedih.

Tiap-tiap petang, terutamanya petang Jumaat dok kat tangga rumah mata asyik mandang kat pintu pagar dok tengok kot ada kelibat kereta anak-anak dia dengan harapan balik kampung hujung minggu jenguk mak ayah.

Tapi abang-abang aku tu tiada yang kunjung tiba.Yang lalu tu orang kampung yang lalu lalang tu je pun. Abang teh aku tu selalu gak la balik kampung at least sebulan sekali dia balik dengan anak beranak.

Kadang mak ayah ni ada anak-anak yang dia nak tengok depan mata, ada anak-anak yang dekat di hati dia. Sedih tau bila kau yang kena hadap situasi macam ni, kau nampak mak kau lap air mata guna lengan baju. Ayah kau gosok-gosok mata.

Gosok-gosok belakang mak kau, mak kau gosok-gosok belakang ayah kau. Diaorang borak berdua dan kadang-kadang aku pasang telinga.

Mak, ayah ni dah takde apa-apa. Dah tua ni anak-anak dah tak peduli, harapkan duit pencen ajelaaa.

Harta dah takde, dah bahagikan dekat anak-anak, hibah tak nak anak bergaduh. Tapi tu lah mak ……. ayah aku tak habiskan ayat tu. (Masa taip ni pun aku rasa sedih, meleleh air mata terkenangkan situasi tu) .

Mak ayah aku akan flashback zaman kecil anak-anak. Abang long macam mana, abang ngah camni, abang teh begitu. Lepas tu silent memasing. Mak ayah aku rindu anak-anak dia. Aku selalu juga buat family video call untuk mak dan ayah lepaskan rindu, tapi tak sama bila pandang depan mata.

Sebab ada je yang tak accept call kata busy. Sorry, along busy tak dapat join family video call. Walhal boleh update kat socmed buat apa (main badminton, main futsal) makan kat mana, jalan-jalan mana boleh jer(pergi kenduri kawan-kawan kawen up status, pergi ride up status).

Maaf angah busy la dik, lain kali join. ( Boleh pula update bercuti sana sini tengok gajah, tenuk segala jenis binatang dekat zoo, balik kampung mentua tapi tak balik kampung mak ayah sendiri) Tapi tang nak call mak ayah tu memang boleh kira dengan jari.

Serius aku tak tipu. Ini adalah kenyataan. Aku sedih sangat. Alasan demi alasan.

Aku kerja shift di KL. Tapi bukan setiap hari ke KL. Maklumlah sekarang norma baharu waktu kerja hibrid. Kira aku memang banyak habiskan masa dengan mak ayah then sebab aku single lagi.

Aku yang adik bongsu ni pun rasa kehilangan kasih sayang abang-abang bila mereka semua berkahwin. Dia orang dah tak ambil kisah dah. Buat hal masing-masing. Aku tak tau mana salahnya. Mak ayah aku sama rata didik kami adik-beradik.

Abang aku yang no.4 ni masih ambil berat hal aku. Call tanya khabar. Birthday mak ayah, birthday aku dia masih ingat. Kira abang teh aku ni masih ambil berat dan meraikan kami. Wife dia pun baik selalu tanya khabar.

Dia orang laki bini kalau tak dapat balik kampung akan ada pengganti diri contoh diaorang order food delivery, tau-tau ada je barang-barang sampai kat rumah mak ayah, tak kira laa barang keperluan dapur ke kira ada lah buah tangan meraikan hati mak ayah.

Zaman sekarang semua di hujung jari jer. Kalau dia orang nak bercuti selalu pelawa mak ayah join sekali.

Aku ada seorang kakak yang no.3. Ada cerita sadis sikit pasal kak lang aku ni. Dia merajuk tak boleh bawa bincang sampai bawa diri ke ostolia. Dia ada permit kerja sah almost 3+ yrs dia dah dok duduk sana.

Masa akak aku belajar di universiti swasta, abang long aku persoalkan kenapa ayah aku hantar dia belajar kat private uni bukan univerisiti awam. Bini dia siap racun ayah aku kata budak yg belajar kat uni tu anak org kaya jer.

Iyala, ayah aku masa tu dah taraf berpencen. Dia orang bising. Tapi ayah aku tetap dengan keputusan dia sebab dah jadi tanggungjawab seorang ayah untuk bagi education kepada anak-anak kan?

Tanpa pengetahuan ayah aku, bini abang long aku gi sound kakak aku ni. Macam-macamlah dia cakap. Cakap menyusahkan mak ayah lah. Ayah kau dah pencen laaa. Macam-macam laa dia hina akak aku.

So akak aku ni jenis melawan dia sembur balik kak ipar aku yang sulung tu. Satu sen pun dia tak minta duit abang aku laki bini yang dia kecohkan sangat kenapa?

Sepatutnya abang-abang yang kena sumbang duit kat adik-adik nak belajar, abang-abang tu yang patut bertanggungjawab kat adik-adik perempuan selagi adik perempuan ni tak berkahwin sebab abang-abang wali kepada adik perempuan!!!

Ayah dah pencen, tapi kau laki bini muka tak tahu malu duduk sebumbung dengan mak ayah, duduk goyang kaki takde tolong mak ayah buat housework, hari cuti kau keje berjalan tengok wayang, anak-anak tinggalkan kat rumah suruh aku jaga tapi aku tak pernah ungkit tapi ko dah lebih!!!

SEPOSEN pon kau tak pernah bagi dengan mak ayah aku yang tanggung dari hari pertama korang nikah, sampai kau beranak pinak!! Kau dah lebih!!!! ini cakap akak aku kat bini abang long aku, dan satu tamparan yang hinggap berbekas kat pipi akak aku dilayangkan oleh abang aku yang sulung.

Akak aku bertekak dengan kakak ipar dengan abang long aku. Mak aku nangis, marah kat kakak aku tau. Dia tak marah kak ipar aku yang mulut puaka tu. Cakap kakak aku degil, keras hati. Akak yang kena lempang tapi kak ipar yang drama melalak.

Tapi lepas tu mak aku masuk bilik aku nangis dia cakap menyesal marah kat akak aku. Mak cakap dia tak nak marah abang aku ngan bini dia sebab takmo diaorg kecik hati. Sebab mak aku tak sangka kakak aku merajuk keluar rumah.

Lepas tu akak aku blah, dia balik rumah kalau abang long laki bini takde kat rumah aje. Dia menyewa bilik kecik macam besar toilet. Dia buat part time kat 7e untuk belanja harian dia belajar dan kalau ayah aku hulur duit dekat dia, akak aku bagi kat aku.

Simpan untuk duit belanja kau ke universiti dia kata kat aku. (Kakak, adik rindu kakak) Dia belajar guna pinjaman MARA tapi bila dia dah graduate dia bayar 15% jer pinjaman dia sebab pointer dia baekkk! Yang ni aku cerita sikit jer drama yang berlaku sebab tak larat nak taip sebab berjela.

Mak ayah masuk campur. Lepas kejadian gaduh tu abang aku keluar pindah rumah duduk rumah lain. Dia laki bini meroyan pindah keluar macam orang tak betul.

Sebelum ni ayah aku tegur abang-abang aku punya perangai ni. Tapi lepas tu raya pun diaorg tak balik jenguk orang tua kat kampung.

Tanggang!!! Tegur sikit merajuk. Aku benci betul perangai sekor-sekor macam tu. Umur dah bertingkat lagi bertambah sengal!!!

Jangan tanya aku kenapa abang aku dah kawen duduk serumah dengan parents sat gi cerita ni jadi cam sinetron berjela episode tak abih-abih.

Ayah aku dah sound suruh dia pindah tapi alasan dia tak cukup duit nak pindah untuk bayar deposit apa ke jadahnya tu. Sebenarnya cara halus nak minta duit kat mak ayah aku.

Kalau tabur duit kat dia takpe, dia suka tapi janganlah dekat adik-adik. Sat gi advisor dia masuk campur. Menyampah!!!

Lepas grad akak aku dapat kerja kat international company then dia resign sekarang dia dah ada kat ostolia keje kat sana memang dia cakap kat aku dia tak nak balik dah tengok muka abang-abang aku.

Dia hanya ada 3 beradik jer. Yang lain tu dia dah delete dalam hidup dia. Gi mampos kata dia! Akak aku rajin contact kami, hubungan tu tak putus. Dia dah selesa dengan kehidupan sendiri di sana.

Ada cerita lain yang sebabkan akak aku gi ostolia keje. Ni pun pasal abang-abang aku ngan bini-bini diaorg punya hal. Akak aku nak bertunang, tapi tetiba dia bagitau mak aku dia tak nak ada majlis. Aku pun macam apehal ni?

Kita excited la nak buat majlis kecik, dah tiber tak jadi? Kami dengan wife abang lang beria la gi shopping barang nak buat hantaran. Aku ingat akk aku ni nak jadi minimalis.

Rupanya ada cerita di belakang tabir. Abang sulung dan no 2 ngan bini diaorg pi tanya akak aku ko nak buat majlis ni guna duit siapa?

Kalau nak guna duit mak ayah baik tak payah laaa. Membazir jer. Yang aku pelik yang pompuan nama ipar ni napa daring ko gi tanya akak aku? Kenapa kau pulak sibuk-sibuk? Patut kau abang, ko bagi sumbangan kat adik kau ni kalau tak nak susahkan mak ayah.

Tapi memang aku tak leh terima laaa bila akak aku cita tu. Sebab abang-abang nak kawen duit hantaran pun mak ayah yang sponsor inikan duit kenduri kendara kawen diaorang. Tergamak ek persoalkan kenapa ayah aku yang kena keluarkan duit kenduri bertunang akak aku???

Penyudahnya akak aku bengang dia kensel nak buat majlis bertunang, dia buat makan tengah hari jer, dia keluarkan duit sendiri. Benda ni mak ayah aku tak tau cita.

Mak aku ikutkan jer permintaan akak aku. Walaupun buat majlis simple tapi meriah!! Yang pasti ada orang yang busuk hati, dengki dengan kejayaan akak aku.

Aku? Aku pun kena gak. Masa aku belajar di universiti di utara tanah air, kebetulan sama universiti dengan kak ipar aku punya adik perempuan.

Masa zaman student aku struggle gak, sebab aku ni bangsa tak suka susahkan mak ayah sebab aku dah tengok mak ayah teruk nak layan karenah anak-anak dia yang lain.

So aku malas nak berdrama so kalau ayah aku tanya ada duit tak, aku jawab je ada. Walaupun masa tu dalam dompet aku ada RM30 jer nak tahan sampai hujung bulan.

Aku berjimat dengan cara berpuasa sunat dan makan kalau ada majlis jer. Kalau ada duit lebih aku simpan untuk kegunaan belajar.

Lagipun akak aku ada hulur aku duit dengan duit tu lah aku buat untuk print assignment, beli buku dan belanja lain. So sambung cita tadi, aku dapat tahu abang dan kak ipar no 2 ada singgah tempat aku belajar. Mana aku tahu? Sebab aku tengok status insta adik kak ipar aku ni.

Kakak dia datang belanja dia makan sedap-sedap. Ada gambar abang aku sekali. Aku masa tu lapar giler. Jadi macam sensitif sangat aku menangis. Air mata aku laju turun, tak leh tahan-tahan. Aku ni duduk asrama dua blok jer dari asrama adik kak ipar aku tu. Aku sedih sangat!!

Sebab abang aku sendiri takde call, takde mesej, takde hello aku langsung. Aku call abang aku, aku nak dia kat mana?? Dia tak jawab call aku.

Aku sedih gila masa tu. Aku dah faham apa perasaan kakak aku sebelum ni yang ditindas abang-abang sendiri. Masa tu terus aku nekad, aku takkan harapkan apa-apa lagi kat abang aku.

Kalau dulu, aku masih harapkan abang-abang aku sayangkan aku, adik dia. Dulu kan masa aku kecik, abang-abang aku yang mengasuh aku, mandikan aku, bancuhkan susu aku, bawa aku jalan petang-petang. Tapi semua tu tinggal kenangan jer.

Aku nekad, aku delete semua kenangan tu sebab abang-abang aku memang dah tak heran kat aku, adik kandung dia, adik bongsu dia.(Sedihnya masa taip part ni) Sebabkan abang aku tak jawab call, aku mesej dia,

“Bang, adik tak harap pun abang spend duit ribu riban kat adik, tapi takkan abang tak kesian kat adik duduk jauh daripada keluarga sebatang kara, abang datang sini singgah pun tak.

Kalau abang takde duit nak bagi adik duit belanja, abang takde bajet nak belanja adik makan at least datanglah jenguk adik.”

Lepas tu dia call aku banyak kali, aku dah takda hati lagi nak jawab. Hati aku jadi keras, aku tutup pintu hati aku. Kalau balik kampung, diaorg tegur aku sahut. Tak tegur, aku buat bodo je….

Sampai sini lah aku cerita, aku dah sedih bila teringat balik. Nasihat aku bagi abang-abang yang ada adik bawah korang di luar sana, kalau dulu korang tak ambil berat hal adik beradik lain, silalah ubah layanan korang.

Tak semestinya korang dah berkeluarga korang putuskan pertalian adik beradik tu. Tahniah buat abang-abang dan kakak-kakak yang pentingkan silaturahim dengan ahli keluarga sendiri. Rezeki masing-masing.

Sumber:MediaPortal

Jangan lupa untuk sertai kami di Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!