Connect with us

Uncategorized

Tiga lelaki culik dan bvnuh budak 11tahun terima padah dibakar hidup-hidup – Sumber Maklumat Media

Published

on

Tiga lelaki culik dan bvnuh budak 11tahun terima padah dibakar hidup-hidup

Tiga lelaki yang menculik dan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun telah diheret keluar dari balai polis Guatemala oleh penduduk kampung sebelum dibakar hidup-hidup, lapor portal berita MailOnline semalam.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Ovidio Mendez, 24, Selvin Perez, 24, dan Samuel Godinez, 38, terbunuh pada Isnin lalu di bandar Colonango.

Salah seorang penculik bergambar bersama Freddy untuk dihantar kepada keluarga mangsa – MailOnline

Suspek telah menculik Freddy Mendez pada 12 Ogos lalu dan meminta wang tebusan berjumlah AS$19,500 (RM87,116) sebagai pertukaran untuk pembebasannya, demikian menurut Polis Guatemala.

Polis percaya penculik menyasarkan budak itu kerana bapanya yang kini menetap di Amerika Syarikat sering menghantar wang ke kampung untuk simpanan bagi membina rumah baharu.

Sebagai bukti bahawa Freddy masih hidup, penculik menghantar gambar kepada keluarganya yang memaparkan salah seorang suspek memegang senapang patah dengan kanak-kanak itu berada di sisinya.

Keluarga itu meneruskan pembayaran wang tebusan tetapi mangsa tidak pernah dikembalikan.

Penduduk yang marah bertindak menangkap ketiga-tiga suspek pada Isnin lalu dan menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa tempatan.

Kumpulan penduduk itu menyerbu balai, mengalahkan polis dan membawa salah seorang suspek secara paksa ke kawasan hutan.

Mereka memukul, menyiram petrol ke atas badan dan membakar suspek tersebut selepas dia mengesahkan bahawa mangsa mati akibat terkena tembakan di kepala dan ditanam di dalam lubang.

Dalam menuntut keadilan dengan cara mereka sendiri, penduduk kampung kembali ke balai dan mengheret keluar dua suspek lain dan mengulangi hukuman itu sekali lagi.

Mereka turut membakar rumah salah seorang suspek. Mayat mangsa ditemui pada Rabu lalu, demikian menurut media tempatan.

“Alhamdulillah,pembalasan setimpal dan sangat tepat tindakkan org kampung tu.” – Gilang

“Ini lah yg berlaku bila rakyat dah tak percaya kepada sistem keadilan. Yg menangkap penduduk & yg menghukum juga penduduk.” – Wahid

“Klau masyarakat tak btindak sendiri sahih suspek tlepas punya…dpt duit tebusan byk kasi bayar pihak bkuasa sikit menyengkoi la deme” – Amir

“Rakyat Guatemala lebih suka menghukum penjenayah sendiri daripada menyerahkan mereka pada polis. Sama kes 2014 sorang gadis dibelasah dan dibakar hidup-hidup oleh penduduk, sebab merompak dan membunuh pemandu teksi. Mungkin kalau serah polis pun denda 2k lepas balik..” – Luziaf

Sumber:Kosmo/Belumbalik.com

Jangan ketinggalan untuk sertai kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan dengan maklumat yang tekini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!