Connect with us

Uncategorized

Ibu sanggup seludup dadah ketika lawat anak di penjara, kantoi gara-gara leher ayam ‘gemuk’ – Sumber Maklumat Media

Published

on

Ibu sanggup seludup dadah ketika lawat anak di penjara, kantoi gara-gara leher ayam ‘gemuk’

Seorang ibu (tiga, kanan) didapati menyeludup dadah ketika melaw4t anaknya di penjara. foto Lapas Madiun / Surya.co.id
seorang ibu sanggup menyeludup dadah untuk anaknya yang ditahan di penjar4.Dalam kejadian yang berlaku di Madiun di Jawa Timur, Indonesia, wanita itu memasvkkan dadah dalam soto ayam beserta makanan lain buat anaknya.

Ketua Pejabat Wilayah Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Jawa Timur, Zaeroji berkata, anak wanita itu sedang menjalani pr0gram bimbingan di Penjara Remaja Madiun.

Kegiatan suri rumah itu terb0gkar ketika petugas menjalankan pem3riksaan ke atas barang dan makanan yang dibawanya dalam sesi lawatan.

“Pegawai mula curiga apabila mereka memot0ng salah satu leher ayam dalam sup itu,” kata Zaeroji dalam satu kenyataan.

Ini kerana katanya leher ayam dalam hidangan soto itu kelihatan lebih besar daripada biasa dan membonjol.Bagaimanapun, petugas sukar untuk memotongnya kerana terdapat objek yang menghal4ngnya.

“Selepas berjaya membukanya, ternyata terdapat tiga bungkusan plastik hitam yang diseludup dalam tiga leher ayam berbeza,” tambah Zaeroji.

Hasil pemeriksaan mendapati di dalamnya mengandungi dadah jenis methamphetamine.

Sementara itu, Ketua Ibu Pejabat Penjara Remaja Madiun, Ardian Nova Christiawan berkata, siasatan turut mendapati dadah tersebut adalah untuk bandvan lain.

Susulan itu, anak kepada wanita tersebut dan bandu4n berkenaan kini ditempatkan dalam sel khas.

“Kita serahkan kepada polis membuat tindakan, kerana kita komited untuk membanteras pengedaran dad4h secara haram,” kata Nova. – Kompas

Sumber:mStar

Jangan lupa untuk sertai kami di Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat dan info yang terbaru.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!