Connect with us

Uncategorized

Hukuman P3njara Insafkan Diri, Dulu Tokan D4dah Kini Seorang Imam Surau – Sumber Maklumat Media

Published

on

Hukuman P3njara Insafkan Diri, Dulu Tokan D4dah Kini Seorang Imam Surau

Siapa sangka pengalaman menjalani hvkuman selama tiga tahun di P3njara Seberang Perai, Pulau Pinang berjaya mengubah bekas t0kan d4dah sehingga kini bergelar seorang imam.

Buat Nor Effendi Abd Rahim, 33, pengalaman yang dilalui cukup menginsafk4n sehingga dia nekad untuk mengubah dirinya menjadi manusia yang lebih baik sebaik sahaja tamat tempoh hvkuman

Memetik laporan Bernama, Effendi pada asalnya dijatuhi hvkuman penjara enam tahun serta 10 sebatan atas kesalahan mengedar dad4h jenis syabu. Dia kemudiannya dib3rikan kan parol selama setahun, sebelum akhirnya dibebaskan tahun lepas.

Hampir habis baca tafsir Al-Quran dalam 3 tahun

“Berada di dalam p3njara banyak memberi kesedaran menerusi program keagamaan seperti ceramah oleh ustaz, membuatkan saya mula mendekatkan diri dengan Allah. Sebelum ini solat tidak cukup waktu tetapi kini saya bervbah, solat dah cukup, mula mengaji al-Quran dan hampir habis baca tafsir al-Quran dalam tempoh tiga tahun itu.

Jelasnya dia terdetik untuk bervbah selepas menghubungi keluarga di kampung dan kemudiannya mendapat mereka ketiadaan wang untuk makan sedangkan dia didalam p3njara masih disediakan segalanya.

Foto sekadar Hiasan

“Detik yang membuatkan saya terus insaf adalah apabila telefon kepada isteri, anak-anak, ibu serta ayah, mereka beritahu tidak ada duit nak makan, sedangkan saya berada di dalam pen.jara dapat makan seperti biasa.

” Saya berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan dengan diberi parol supaya dapat balik untuk bersama ahli keluarga seterusnya bantu mereka,” katanya kepada media di program santai bersama Orang Diparol (ODP) Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi di kediamannya di Kampung Dato’ Syed Nahar yang turut dihadiri Ketua Pengarah Pen.jara Malaysia Datuk Seri Zulkifli Omar pada Jumaat.

Lebih mengejutkan menurut Nor Effendi apabila dia diberi kepercayaan untuk menjadi imam, sedang tidak baru sahaja seminggu pulang ke kampung halaman. Semuanya selepas dia memberanikan diri mengalunkan azan di surau tersebut

“Tujuh hari selepas saya balik semula ke kampung, saya memberanikan diri mengalunkan azan di surau, sebelum diminta menjadi imam dan berterusan sehinggalah ke hari ini.

Kini sudah setahun bergelar Imam surau

“Majlis Pengurusan Komuniti Kampung mahu membuka semula surau itu, tetapi tidak ada imam. Mereka kemudian tawarkan kepada saya, dengan ilmu yang diperolehi semasa menjalani hukuman penjara saya galas tanggungjawab itu. Alhamdulillah sudah lebih setahun amanah ini dijaga,” katanya.

Selain menjadi Imam di surau tersebut, beliau yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) turut menjalankan perniagaan roti canai di Pasar Awam Kuah demi menampung kehidupannya bersama isteri dan anak-anak .

“Isteri, anak-anak serta ibu bapa sentiasa menyokong saya untuk berubah dan buang perangai lama. Sekarang selepas selesai berniaga, saya habiskan masa bersama ahli keluarga dan hanya duduk di surau. Saya elakkan untuk lepak di kedai atau bercampur gaul dengan rakan-rakan lama.

“Berkenaan dengan penerimaan masyarakat, saya akui pada awal mereka sukar terima seorang bekas pengedar dad4h berada dalam kalangan mereka, namun berubah perlahan-lahan apabila melihat kepada perubahan saya, masyarakat sudah boleh terima,” katanya.

Sumber: https://www.buzzkini.com/

Jangan ketinggalan untuk sertai kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat dan info yang terkini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!