Connect with us

“Bisikan ‘abah’ jadi penguat semangat…”- Nik Mohamad Adhar – Harmagidun

“Bisikan ‘abah’ jadi penguat semangat…”- Nik Mohamad Adha

Bisikan ‘abah’ jadi penguat semangat

PUTRAJAYA- Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Nik Mohamad Adhar Nik Ismadi,22, yang rebah dalam pembarisan semalam menyifatkan bisikan ayahnya tatkala memeluk dia di lapangan kawad menjadi penguat semangat untuk terus bertahan.

Menurut anak kelahiran Tumpat, Kelantan itu, dia berasa bersyukur dengan kasih sayang dipamerkan ayahnya, Abdul Aziz Ya’acob,60, yang sanggup berpanas di lapangan kawad semata-mata mahu memberikan semangat untuk terus bertahan.

“Sebenarnya, pada hari kejadian saya tidak sihat kerana demam sejak beberapa hari lalu. Ketika istiadat perbarisan, saya pitam sebanyak tiga kali di mana kali pertama jatuh dapat bangun semula dan apabila rebah kali dua, abah datang untuk memberikan semangat.

“Bagaimanapun, selepas beberapa minit berlalu, saya pitam buat kali ketiga dan pegawai perubatan bertugas terpaksa membawa keluar daripada istiadat perbarisan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.

bapa bantu anak 1 1024x767 1

Nik Mohamad Adhar yang rebah ketika berkawad sebelum dibantu oleh bapa saudaranya.

Semalam, perkongsian Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengenai kejadian itu mencuri tumpuan umum apabila beliau menyifatkan tindakan Abdul Aziz sebagai cerminan kasih sayang tidak berpenghujung individu bergelar ayah kepada seseorang anak.

Menerusi hantaran Alexander, Abdul Aziz dilihat berlari ke padang kawad ketika istiadat perbarisan sempena Hari Penguat Kuasa KPDNHEP di Maktab Penjara Malaysia di Kajang, Selangor semata-mata mahu mengangkat anaknya yang pitam.

WhatsApp Image 2022 07 22 at 12.40.48 PM 1024x683 1Nik Mohamad Adhar (tengah) bersama kedua ‘ibu bapa’ yang menjadi tulang belakang kehidupannya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai impian terhadap keluarganya, dia yang kini bertugas di Tawau, Sabah berhasrat untuk membalas budi kepada kedua orang tuanya walaupun meraka berstatus ibu dan ayah saudara.

“Janji saya tidak akan melupakan keluarga dan akan terus mendoakan agar syurga menjadi milik mereka. Kedua-duanya sudah bantu anak yatim seperti saya sejak kecil dan menganggap seperti anak sendiri.

“Mereka juga tidak pilih kasih dalam membesarkan kami tujuh beradik, semuanya dilayan sama rata. Moga syurga dan segala kebaikan dikurniakan Allah buat kedua-dua raja dan permaisuri hati saya,” ujarnya.

Nik Mohamad Adhar merupakan anak y4tim dan dijaga oleh Abdul Aziz dan isterinya, Rosmawati Ismail,53, sejak usia tiga bulan selepas kem4tian ibu kandung pada usia itu sebelum ayah kandungnya menghembuskan nafas terakhir ketika dia berusia tujuh tahun. -KOSMO! ONLINE

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!